Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perpaduan Ummah Di Madinah


Huraikan peranan Rasulullah s.a.w. dalam usaha membentuk perpaduan ummah di Madinah.

Pengenalan :

  1. Latar belakang masyarakat Madinah.
  2. Definisi Ummah-  bererti masyarakat atau umat manusia. Dlm al-Quran ummah Merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan  makhluk lain.
  3. Perkataan ummah disebut 40 kali dlm al-Quran.
  4. Dalam al-Quran ummah merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
  5. Setiap diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah.

Isi-isi penting :

Cara Rasulullah s.a.w. membentuk ummah

Pembinaan Masjid :

  • Usaha pertama Nabi Muhammad s.aw. di Madinah
  • Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
  • Masjid terawal yang dibina ialah masjid Nabawi
  • Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.

Piagam Madinah / Perjanjian politik :

  • Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk.
  • Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan  tanggunjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.

Menyatupadukan Aus dan Khazraj :

  • Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.
  • Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan mereka.

Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar :

  • Bertujuan untuk saling membantu .
  • Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah, dan Abu Bakar dengan Kharijah.
  • Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah.
  • Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam.

Mengambil tindakan memerangi serta menghalau serta menghukum golongan Yahudi yang melanggar Piagam  Madinah :

  • Bani Qainuqa’- diusir kerana mempersenda-senda kemenangan  umat Islam dalam perang Badar- perkampungan mereka dikepung seterusnya mereka diusir keluar dari Madinah.
  • Bani Nadhir- dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang Uhud dan membuat pakatan untuk membunuh Nabi.
  • Bani Quraizah – Dikenakan hukuman yang lebih keras, iaitu semua lelaki dewasa dibunuh, harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-kanak diusir dari Madinah.
  • Implikasi pengusiran golongan Yahudi ini, maka konsep ummah kini hanyalah umat Islam sahaja, dan secara tidak langsung negara menjadi aman dan stabil.

Memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba. Nabi menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan.

Kesimpulan :

  • Nabi Muhammad pemikir dan pemimpin yang bijak.
  • Langkah yang dijlnkan oleh Nabi  Muhammad menjanjikan kota Madinah kuat dan dapat meluaskan empayar.

 

 

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,808 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031