Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ciri-ciri Masyarakat Industri England


Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Industri di England.

Pengenalan :

  • Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
  • Revolusi perindustrian  mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.
  • Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud  selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria  kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.
  • Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
  • Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.

Isi-isi :

Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England :

Kemajuan Dalam Sistem Pertanian :

  • Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
  • Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian  akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
  • Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.
  • Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull

Pengenalan Baja Kimia :

  • Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden  dan tebus guna tanah secara heavy manuring

Masyarakat Yang Berasaskan Kepada Perindustrian :

  • Perkembangan industri tekstil  membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
  • Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
  • Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera

Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan :

  • Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
  • Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
  • Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
  • Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England.

Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk :

  • Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
  • Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
  • Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
  • Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.

Perluasan Perdagangan Antarabangsa :

  • Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.
  • Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.

Perubahan Gaya Hidup :

  • Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.
  • Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.

Masalah Pencemaran Dan Kesihatan :

  • Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
  • Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar
  • Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat

Kemunculan Kelas Baharu Masyarakat :

  • Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik  kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
  • Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.
  • Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

Kemunculan Golongan Proletariat :

  • Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan proletariat.
  • Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari
  • Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
  • Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.

Kelahiran Idea-Idea Baru :

  • Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
  • Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.
  • Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

Kesimpulan :

Apa yang berkaitan.

4 Responses

  1. ayien11195 says:

    thaxxxxxxxx ya ^_^

  2. wawa says:

    cikgu..kalau dlm stpm,sejarah punye skema jwpn mcm ni ker cikgu?

  3. Ani Azwani binti Limpu says:

    macam mana pula dengan faktor yang membawa kepada perkembangan pertanian di england pada abad ke17 dan ke18?

  4. aliaaidura says:

    thanks cikgu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: