Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kemunculan Acheh


Sejauh manakah penjajahan Portugis ke atas Melaka membawa kepada kemunculan Acheh sebagai pusat perdagangan Islam di Asia Tenggara ?

Pendahuluan :

  • Kejatuhan Melaka dikaitkan dengan kemunculan Kerajaan Acheh
  • Demografi Kerajaan Acheh

Isi  :

Dasar Agama kerajaan Portugis di Melaka

  • Kerajaan Portugis mengamalkan dasar anti – Islam terhadap pedagagng-pedagang Islam di Asia Tenggara.  Seterusnya mereka secara agresif menyebarkan ajaran Kristian terhadap penduduk tempatan. Situasi ini menyebabkan pedagang-pedagang Islam berpindah ke Acheh untuk kegiatan perdagangan disamping Acheh merupakan kerajaan Islam yang unggul di Asia Tenggara .

Dasar Ekonomi kerajaan Portugis di Melaka :

  • Kerajaan Portugis di Melaka mengamalkan dasar pilih kasih dan diskriminasi terhadap pedagang-pedagang Islam di Asia Tenggara dengan mengenakan cukai yang tinggi .
  • Tekanan ini menyebabkan pedagang-pedagang Islam berpindah ke Acheh .
  • Selain daripada faktor polisi  penjajahan kerajaan Portugis di Melaka terdapat juga faktor penarik yang lain yang menyebabkan Acheh muncul sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara . 

Pemerintah Acheh memberi sumbangan besar kepada kemunculan Acheh sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah mengamalkan dasar toleransi dan  terbuka  terhadap pedagang asing khususnya pedagang Islam.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistemetik :

  • Kerajaan Acheh dipimpin oleh gandingan kerjasama antara ulama dan umarak seperti Sultan Mahkota Alam dan Shamsuddin al-Sumatrani .Gandingan yang mantap ini melahirkan kerajaan yang stabil dan aman . Keadaan ini menarik minat pedagang –pedagang Islam datang ke Acheh .

Kemudahan perdagangan di Acheh :

  • Kerajaan Acheh menyediakan tempat penginapan sementara dan menyimpan barang dan kemudahan membaiki kapal. Kemudahan ini berjaya menarik minat pedagang  ke Acheh.

Kepelbagaian barang dagangan  dan bahan mentah terdapat di Acheh :

  • Acheh ialah pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan dari Asia Tenggara , China , Arab , India , Pulau Maluku dan negara-negara lain .Dengan itu pedagang –pedagang ke Acheh untuk mendapat bekalan bahan mentah untukdibawa balik ke negara mereka.

Kedudukan geografi yang strategik :

Acheh terletak dipintu masuk Selat Melaka dan ditengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat .Maka pedagang –pedagang menjadikan Acheh pusat persinggahan dan perdagangan .Secara langsung Acheh muncul sebagai pusat perdagangan yang utama di rantau Asia tenggara .  

Kesimpulan :

Apa yang berkaitan.

 

2 Responses

  1. jiwamantap says:

    cgu sy nk tnya kit….soalan percubaan terengganu 2011

    13. telaskan faktor-faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan pendldikan lslam pada
    abad ke- 16 Maslhl.

    skema jawapannya lengkap x…???

    sbb sy dh cuba tulis kt kertas kajang hanya mencukupi sehelai ja….sy cuba cari huraian len kt buku tpi buku rujukan sy cita tentg acheh agak ringkas ja….klu skema jwpan percubaan terengganu nie x lengkap…blh x cgu bg kt sy skema yg lengkap…..

    harap dpt mmbantu sy calon persendirian…..

    sekian terima kasih….

  2. ahmad sobri says:

    ada jawaban yang lagi panjang dan lengkap x..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: