Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Acheh


Bincangkan aktiviti ekonomi masyarakat Islam di Acheh sehingga abad ke-15.

Pengenalan :

Latar belakang Acheh :

  • Aceh telah mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat politik dan ekonomi selepas kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan  Portugis pada tahun 1511 M.
  • Bermula dari sini,  Acheh juga terkenal sebagai pusat pengeluaran rempah dan pelabuhan entreport.
  • Kejayaan Acheh ini sebenarnya telah dirintis oleh Sultan Ali Mughayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
  • Aceh juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang terulung  di Nusantara.
  • Pada abad ke-17 dan 18M, kerajaan Aceh telah mencapai kegemilangannya berikutan penubuhan kerajaan Perlak dan Pasai.

Isi-isi :

Ekonomi Masyarakat Islam Di Aceh :

Perdagangan :

  • Merupakan sumber ekonomi terpenting.
  • Ramai pedagang dari luar datang berniaga di Aceh seperti saudagar dari India,  Gujerat,  China,  Belanda dsb.
  • Selain berniaga ,  mereka juga menyebarkan agama Islam.
  • Aceh terkenal sebagai pusat perdagangan yang terpenting dalam pengeluaran
  • Rempah didapati dari kawasan Pedir dan Pasai.
  • Aceh terus berkembang sebagai pelabuhan entreport dan menjadi tumpuan pedagang Islam dan bukan Islam.
  • Antara barang yang dieksport ialah kayu  damar,  rempah, gading, lilin dan sebagainya.
  • Barangan yang diimport ialah bahan makanan seperti beras,  gula,  kurma,  logam, tekstil,  barangan hasil kerja tangan dll.

Perikanan :

  • Merupakan sebahagian kegiatan ekonomi mereka.
  • Kegiatan menangkap ikan dilakukan di sungai dan laut.
  • Ikan menjadi makanan harian mereka.
  • Di Aceh,  golongan nelayan tergolong sebagai golongan terkaya.
  • Hal ini kerana kemampuan mereka membeli jaring yang mahal dan besar.
  • Hasil tangkapan yang banyak memberikan keuntungan yang besar kepada mereka.
  • Sebelum mereka turun ke laut,  mereka akan melihat keadaan cuaca terlebih dahulu.
  • Jika cuaca baik,  mereka akan turun 8 hingga 10 buah kapal besar untuk tangkap ikan.
  • Apabila tangkapan memenuhi tong,  mereka membawa ikan tersebut terus ke pasar untuk dijual.
  • Di setiap warung, mereka dikenakan bea sekeping emas sebulan untuk orang kaya  Sri Bendahara.
  • Menangkap ikan juga dijalankan secara kecil-kecilan.
  • Mereka mengail atau memancing dengan menaiki kapal kecil.
  • Hanya seorang atau dua orang suruhan sahaja.

Perhutanan :

  • Sumatera Utara merupakan daerah yang kaya hasil buminya.
  • Antara hasil bumi ialah minyak tanah,  minyak kasturi dan segala yang dihasilkan dari hutan seperti kapur dan kemenyan, kayu gaharu,  cendana dan damar.
  • Hasil-hasil ini dibawa oleh penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
  • Minyak tanah terdapat di Deli.
  • Kapur  barus terdapat di Pedir.

Pertanian :

  • Mereka menanam pelbagai jenis tanaman seperti lada hitam,  padi, tebu,  tembakau,  sayuran dan ulat sutera.
  • Pertanian ulat sutera dihasilkan dalam jumlah yang besar.
  • Daripada ulat sutera dijadikan pebagai jenis barang yang sangat digemari di seluruh Kepulauan Sumatera seperti kain kot.
  • Pedagang dari Coromandal mengimport sutera dari Sumatera.
  • Tanaman padi penting untuk keperluan asasi mereka.
  • Wilayah Pedir dan Lamno adalah gudang beras Aceh.
  • Gudang tersebut diuruskan oleh pembesar yang dilantik oleh sultan untuk menjaga dan memakmurkan rakyat dalam daerahnya.
  • Oleh itu beberapa kilang padi dibina di Aceh.
  • Lada hitam juga menjadi sumber kekayaan kerana menjadi barang eksport pertama dan mempunyai permintaan yang tinggi daripada pedagang Arab dan Eropah
  • Hal ini menyebabkan ramai yang menjadi kaya raya.
  • Mereka juga mengeluarkan zakat dan sedekah

Pertukangan :

  • Pertukangan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pertukangan besi,  emas,  kayu dan sebagainya.
  • Ramai masyarakat Islam Aceh mengetahui dalam membuat besi sama ada yang berat atau kecil.
  • Besi ditempa oleh tukang besi yang mahir untuk dijadikan senjata seperti pisau,  keris,  mata lembing dan lain-lain.
  • Tukang emas berkebolehan membuat barangan yang bermutu tinggi seperti kalung emas,  rantai emas dan lain-lain.
  • Pada zaman Sultan Iskandar Mahkota Alam terdapat lebih daripada 300 orang tukang emas.
  • Baginda berminat terhadap batu permata dan barangan emas.
  • Ramai juga yang pandai dalam larutan dengan menggunakan tembaga dan suasa.
  • Petukangan kayu sangat menonjol dalam sektor ekonomi orang Islam Aceh.
  • Mereka telah membangunkan rumah-rumah kediaman di samping membina kapal nelayan dan kapal perang.

Kesimpulan :

  • Aktiviti ekonomi masyarakat Islam di Acheh  juga tidak terlepas daripada mengikut sistem ekonomi Islam.
  • Sistem ekonomi yang dijalankan di Acheh yang berlandaskan Islam Berjaya meletakkan Acheh sebagai pusat perdagangan penting di Nusantara pada abad 16.

 

3 Responses

  1. Waduh…itu dulu punya cerita beb.Orang Aceh sekarang tak sama..sukanya duduk mengeteh aje.Kalau nak tahu terkini tentang Aceh kena tanya saya sebab saya berpengalaman lebih 2 tahun di Banda Aceh

  2. FeeNa says:

    nama pun sejarahkan…so…phm2 sendiri la kan…macam melaka juga…sekarang dan dulu lain..tetapi melalui sejarah la..kita belajar semuanya

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,640 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930