Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kegemilangan Baghdad


Bincangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyyah. 

Pengenalan :

  • Baghdad adalah ciptaan khalifah Abbasiyah. Khalifah Jaafar al-Mansur pada tahun 762 TM telah mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya. Terletak antara Sungai Tigris dan Euphrates. Baghdad menduduki tempat yang strategik dan tidak begitu lama telah menjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik yang setanding dengan konstantipole. Perkembangan Baghdad terdedah kepada pengaruh kebudayaan dan unsur-unsur politik Parsi. Institusi Khalifah yang berbentuk despotisme membayangkan pengaruh konsep kerajaan Sasanid Parsi. Pada keseluruhannya pendedahan sistem politik Abbasiyah kepada pengaruh politik Parsi menyediakan suatu asas untuk perkembangan suatu zaman baru yang memucak dengan kegiatan intelektual yang pesat pada zaman pemerintahan Harun al- Rashid dan anaknya, al- Mamun.

Isi :

Peranan Bahasa Arab :

  • Berbanding dengan Khalifah Bani Umayyah, empayar Abbasiyah terdiri daripada berbagai bangsa, adat resam dan kebudayaan. Walaupun masyarakat Abbasiyah di Baghdad bersifat kosmopolitan tetapi pada keseluruhannya wujudlah perpaduan yang berasaskan agama Islam dan bahasa Arab yang dijadikan bahasa rasmi pemerintahan Abbasiyah.

 Peranan Pemerintah :

  • Pernaungan politik mendorong perkembangan ilmu di Baghdad. Sikap kecintaan para pemerintah Abbasiyah terhadap ilmu telah mengalakkan para cendekiawan berkumpul di kota Baghdad. Khalifah al Mansur merupakan perintis dalam usahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al Rashid telah menarik ramai penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpenting dalam dunia pada ketika itu.
  • Sifat kepelbagaian bangsa dan kebudayaan dalam masyarakat majmuk Abbasiyah dan sifat keterbukaan pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Adalah jelas bahawa penyerapan berbagai unsur-unsur daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telah memperkayakan pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.

 Sistem Pendidikan :

  • Perkembangan ilmu digalakkan lagi dengan penubuhan dan perluasan suatu rangka institusi pendidikan awam. Setakat ini institusi pendidikan awam berkisar kepada masjid saja dan kurikulumnya hanya merangkumi membaca, menulis, dan mengira. Tetapi pada zaman al Mamun pendidikan ditingkatkan lagi dengan mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal. Buat pertama kali pendidikan awam dibiayai oleh kerajaan.

 Kegiatan Penterjemahan :

  • Karya-karya Yunani terutama dalam bidang perubatan dan sains di terjemahkan ke dalam bahasa Arab. Contohnya ialah karya-karya Galen, Hippocrates dan Diescarides. Dalam bidang falsafah karya-karya Plato dan Aristotle seperti Republic, Categories, Physics dan Magna Moralia di terjemahkan. Al Fazani juga menterjemahkan karya-karya sanskrit dalam bidang matematik. Al Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium untuk mendapatkan naskhah-naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah di Bayt al Hikmah. Pada keseluruhannya, pentejemahan telah memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam.

Peranan Tokoh-tokoh Terkenal dan Cendikiawan Islam :

  • Zaman penterjemahan diikuti dengan sumbangan asal orang-orang Islam dalam bidang sains dan kesusasteraan. Bahasa Arab yang dulunya digunakan dalam bidang puisi dan agama saja sudah menjadi alat untuk melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea falsafah. Sumbangan asal dalam bahasa Arab adalah nyata dalam bidang perubatan. Al- Khwarizmi memberikan sumbangan  dalam bidang astronomi. Dalam bidang kimia nama terkenal ialah Jabir ibn Hayyan yang berjaya memajukan pengetahuan dalam teori dan amalan kimia. Dalam kesusasteraan keadaan istana Harun al Rashid di Baghdad memang mengilhamkan penghasilan karya yang terkenal hingga hari ini iaitu karya alfu lailah wa-Lailah atau dalam bahasa Inggeris “A Thousand and One Nights” (Arabian Nights). Al-Kindi, Al-Farabi.

Perdagangan Antarabangsa :

Perdagang Islam telah berdagang ke timur jauh. Mereka telah membawa balik bukan setakat hasil dagangan tetapi telah membawa balik ilmu-ilmu seperti teknologi perkapalan, astronomi, geografi dan pelayaran. Mereka melalui dua jalan iaitu jalan darat dan jalan laut.

 Hubungan Diplomatik.

 Kestabilan Politik.

 Kemakmuran Ekonomi

Peranan Bayt al-hikmah :

  • Kegiatan perterjemahan berlaku dengan pesat apabila al Rashid mendirikan Bayt al- Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan penyelidikan ilmiah. Bayt al Hikmah boleh dianggap universiti pertama di dunia Islam yang merupakan kesinambungan daripada Museum Iskandariah. Al Mamun telah dilantik Munaya bin Ishaq untuk mengetui Bayt al Hikmah. Munaya adalah seorang ahli perubatan berketurunan Nestorian Kristian yang menguasai bahasa Assyrian dan Arab.
  • Perkembangan ilmu dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan Bayt al Hikmah yang khusus untuk kegiatan perbahasan dan penyelidikan. Jadi para pemerintah telah meletakkan suatu asas yang kukuh bagi kelahiran para ilmuan dan saintis Muslim. Pemerintah juga berperanan menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam. Mengumpulkan para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Kesimpulan :

Apa saja yang berkaitan.

 

2 Responses

  1. stella says:

    pening kpla nie..cari infomasi..teda pndai jmpa2.huhuhu…help me?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: