Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pentadbiran Pusat China & India


Bandingkan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di China dan India.

Pengenalan :

  • Konsep pentadbiran pusat dan wilayah.
  • Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kedaulatan sesuatu kerajaan.
  • Pentadnbiran pusat yang dapat mengawal rakyat dan pembesarnya dapat mewujudkan.
  • kelancaran pentadbiran di seluruh wilayahnya.

 Isi :

Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China :

Pemerintahan dinasti Chou :

  • Mengmalkan sistem feudal. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sementara pentadbiran di wilayah-wilayah diberikan kepada golongan bangsawan dan putera-putera raja tetapi pemusatan kuasa ini adalah longggar.
  • Di setiap wilayah dan daerah diwujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu.

Pemerintahan Dinasti Chin :

  • Shi Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat di ibu kota Siang Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah maharaja.Kuasa dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai feudal wilayah dan daerah dihapuskan.
  • Beliau memperkenalkan ‘Scholar Sistem’ iaitu perlantikan sekumpulan kakitangan awam yang terlatih untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhimat dengan beliau.
  • Penasihat utama maharaja ialah Canselor.
  • Shih Huang Ti membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah dan kemudiannya menjadi 42.
  • Seorang gabenor awam dan gabenor tentera dilantik di setiap wilayah. Mereka dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja

Pemerintahan Dinasti Han :

  • Di bawah maharaja Wu Ti, sistem pemusatan kuasa dan kerajaan pusat menjadi lebih kukuh berbanding dengan pemerintahan Shih Huang Ti.
  • Walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin wialayah tidak diberikan kuasa yang terlalu banyak dan mereka tidaka dibenarkan memiliki kuasa dan kekayaaan yang banyak supaya pentadbiran pusat teguh dan tidak dicabar.
  • Pentadbiran peringkat wilayah turut diawasi oleh kerajaan pusat termasuk soal-soal perlantikan dan pertukaran pegawai-pegawai kerajaan.
  • Pegawai pentadbir utama di peringkat wilayah ialah wizurai, gabenor general, gabenor dan bendahari.
  • Unit pentadbiran yang lebih kecil diketuai oleh Tao Tai iaitu ketua daerah dan mejestret.

Pemerintahan puasat dan wilayah di India :

Empayar Maurya :

  • Di bahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai.
  • Pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas mengikut arahan pusat.
  • Raja merupakan ketua pentadbir, ketua hakim, penggubal undang-undang dan ketua tertinggi angkatan tentera.
  • Pemerintah dibantu oleh majlis Menteri dan Mentriprasat yang terdiri daripada menteri-menteri yang diketuai oleh perdana menteri.
  • Chandra Gupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah-wilayahnya. Beliau membahagikan wilayah-wilayah kepada empat
  1. iaitu bahagian barat, selatan , barat laut dan Kalinga. Setiap wilayah diketuai oleh wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja.
  2. Wilayah-wilayah tersebut pula dibahagikan kepada unit pentadbiran daerah yang ditadbir oleh gabenor
  3. Daerah dipecahkan kepada kampung-kampung yang diketuai oleh penghulu atau gramini yang dibantu oleh pengutip cukai dan jurukira.
  4. Terdapat juga perisik di peringkat daerah.

Kerajaan Moghul :

  • Semasa kerajaan Moghul, akhbar telah membahagikan pemerintahan kerajaan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan istana, tentera dan empayar. Beliau melantik pegawainya yang digelar mansabdar yang mempunyai kuasa tentera dan mengutip cukai.
  • Pentadbiran awam kerajaan diketuai oleh seorang perdana menteri dikenali sebagai wakkil .
  • Setiap wilayah diketaui oleh wakil pemerintah iaitu subahdar.
  • Pentadbiran kawasan Bandar dilakukan Kotwal.
  • Hakim atau Kazi menjalankan pentadbiran undang-undang.

Kesimpulan :

  • Keberkesanan sistem pemerintahan di peringkat pusat dan wilayah mampu memanjangkan usis beberapa kerajaan di China dan India.
  • Pengubahsuaian dari segi struktur organisasi pentadbiran dilakukan selaras dengan keadaan semasa yang difikirkan sesuai pada waktu itu.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,603 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031