Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Salehuddin al-Ayubbi


Bincangkan sumbangan Salehuddin al-Ayubbi dalam perjuangan memartabatkan agama dan Negara Islam.

Pendahuluan :

  • Salehuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.
    Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa wilayah kerajaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir, Palestin dan Syria.

Isi-isi penting :

Menentang Tentera Salib :

  • Pada tahun 1164 M, Salehuddin al-Ayyubi  telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din.
  • Mereka berjaya menewaskan tentera salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I.
  • Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.

Menawan Kota Baitulmuqaddis :

  • Salehuddin al-Ayubbi menjadikan Ra’su al-Ma’ sebagai pusat  gerakkannya menuju ke Bursa diikuti Karak, Syubak dan Tabariah.
    Ketika pertempuran di Hittin , kemenangan berpihak kepada tentera Islam.
  • Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayubbi tidak dapat dikekang lagi apabila beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqaddis yang hanya dikawal oleh 150 orang pahlawannya sahaja.
  • Salehuddin al-Ayubbi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu Guy of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau kemudiannya telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadap pemerintah Karak tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

Mengamalkan Dasar Tolak Ansur Terhadap Penganut Kristian :

  • Meskipun orang Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, namun orang Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota suci tersebut.
  • Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin al-Ayubbi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 22 November 1192 M, orang Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis.

Memulihkan dan Membangunkan Negara :

  • Salehuddin al-Ayubbi mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam Kota Kaherah. Di Sinai,  kubu yang hampir sama juga dibina di samping membangungkan Pulau al-Raudah dan Pulau al-Gizah.
  • Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan tempat bersantai.
  • Salehuddin al-Ayubbi telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan menjadikannnya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq.
  • Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak pesakit mental mengganggu pesakit lain.

Memajukan Pendidikan :

  • Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya.
  • Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib. Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran seni khat. Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu matematik, syair, katak-kata hikmat dan beribadat seperti solat berjemaah.

Memajukan Bidang Ekonomi :

  • Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizayah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang yang menebus diri, harta rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj).
  • Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.
  • Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian seperti member tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraab sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan makanan.

Kesimpulan :

  • Kejayaan Salehuddin al-Ayubbi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agam dan Negara Islam.
  • Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancangan yang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan dan kebajikan sosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: