Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sekularisme


Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah.

 

Pendahuluan :

Definisi sekularisme :

  • Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia.

 

Tujuan pemikiran sekularisme :

 

  • Bertujuan untuk menjadi lebih terbuka dalam persekitaran ke arah perubahan  pemikiran pada zaman  Renaisans.

Antara tokoh sekularisme di Eropah ialah:-

  • John Locke
  • Niccolo Machiavelli
  • Francis Bacon

 

Isi :

 Perkembangan zaman Renaisans :

  • Kemunculan gerakan Renaisans pada abad ke-15 dengan gagasan humanisme, individulisme dan rasionalisme telah menyebabkan berlaku perubahan  dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.  
  • Perubahan ini yang memfokuskan pemisahan aspek keduniaan dan kebendaan daripada fahaman agama telah  mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah.

 

Fahaman Humanisme, Individualisme dan Realisme :

  • Sekularisme juga dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme dan realisme. 
  • Fahaman ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan akal fikiran, budi pekerti, dan keintelektualan dalam mengatasi perkara yang berkaitan dengan keduniaan. 
  • Kehendak manusia perlu diutamakan. 
  • Manusia mempunyai keupayaan untuk menentukan kehidupan masa depan dan tidak boleh menerima sahaja nasib malang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat.  
  • Pemikir liberal seperti John Locke, Rousseau dan Thomas More menekankan supaya sikap, moral, kaedah pendidikan, kerajaan dan agama harus dianalisis secara rasional.

Kemunculan Idea dan Pemikiran Baru dalam Agama Kristian :

  • Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentang ajaran Kristian. 
  • Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, John Calvin dan Giordano Bruno. 
  • Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasa gereja  terutama berkaitan dengan peranan manusia. 
  •  Ajaran Protestan mengetepikan Canon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaan yang menjadi asas kepada sekularisme. 

 

Sistem Pendidikan

  • Perubahan sistem pendidikan di Eropah pada zaman Renaisans telah mempengaruhi perkembangan sekularisme. 
  • Pada abad ke-14 dan 15, bandar-bandar utama seperti Padua, Venice, Rom dan Naples telah memperkenal ilmu baru yang bersifat humanisme seperti:
    • guru terdiri daripada orang biasa dan bukan klegi
    • orientasi kepada ilmu praktis dengan penumpuan kepada ilmu sains
    • kurikulum sekolah dan universiti bebas daripada gereja
    • pendidikan terbuka kepada semua rakyat

 

Perkembangan Sistem Ekonomi Baru :

  • Perkembangan sekularisme juga didorong oleh perubahan sistem ekonomi di Eropah daripada ekonomi feudal kepada sistem ekonomi bebas yang mementingkan kekayaan. 
  • Gerakan reformasi juga dapat mengurangkan kekuasaan gereja dalan bidang ekonomi.  Fahaman Calvinisme telah berjaya mengetepikan Canon Law dengan membenarkan riba dan mengumpulkan kekayaan. 
  • Fahaman ini memberi peluang kepada golongan kapitalis mengemukakan teknik kewangan baru  yang bebas daripada kawalan gereja dan peraturan lama.

 

Kemunculan Falsafah Politik Baru :

  • Pada zaman kemuncak pertengahan, muncul beberapa tokoh falsafah politik baru (1050 -1250 M) seperti Marsilo Padua, Nicholo Machiavelli dan John Locke.
  •  Marsilo Padua  dalam bukunya Defensor Pacis menekankan hak menggubal undang-undang dan memerintah diberi kepada pihak kerajaan pusat. 
  • Pihak gereja tidak harus melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran negara. 
  • Hal ini menjadi asas kepada kemunculan sekularisme. 
  • Nicholo Machiavelli memberi idea kepada penubuhan negara bangsa apabila raja dapat mengatasi golongan bangsawan feudal, mengekalkan kuasa dan menguasai kekayaan (sekularisme).

 

 Kesimpulan :

  1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada kehidupan selepas mati.
  2. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementingkan aspek kebendaan dan kekayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,847,335 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: