Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ciri-ciri & Susun Lapis Masyarakat Feudal Di England


Huraikan Ciri-ciri Dan Susun Lapis Masyarakat Feudal Di England

Pengenalan :

  • Feudalisme ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang memperlihatkan kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu-individu persendirian dan bukan oleh kerajaan pusat. Masyarakat feudal bermula di England apabila berlakunya Perang Seratus Tahun yang merupakan siri peperangan yang melibatkan pelbagai konflik di antara dua negara iaitu England dan Perancis. Perang ini berlanjutan selama 116 tahun sehingga meninggalkan kesan kepada masyarakat England apabila muncul semangat kesedaran nasional di dalam din i orang England. Ketika peperangan ini berlaku, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa persuratan dan institusi kebangsaan berakar umbi di England. Selepas itu, berlakunya pula perang saudara di England yang dikenali sebagai The Wars of Rose atau Perang Bunga Mawar. Sebagai alternatif penamat huru-hara yang berlaku, masyarakat England telah terpaksa menerima suatu sistem pemerintahan yang dikenali sebagai sistem pemerintahan beraja mutlak.
  • Seterusnya, penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan berkuasa mutlak pada abad ke-16 dan ke-17 di England. Ketika abad itu, masyarakat Eropah telah mempercayai sistem pemerintahan beraja mutlak adalah sistem yang memperlihatkan bahawa seseorang raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya. Oleh itu, tugas rakyat kepada raja adalah membantu raja tanpa soal. Jika seseorang raja itu kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima juga pemerintahannya dengan tenang sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka. Pandangan tentang perkara ini telah diterima oleh institusi gereja dan mendapat sokongan daripada raja.
  • Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Di England, masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripad a raja, bangsawan / baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf Dalam masyarakat feudal, raja mempunyai kuasa mutlak. Antara ciri lain seorang raja adalah, raja menjadi pusat segala kekuasaan dan raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat dan rakyat tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah pemerintahan raja sama ada baik mahupun tidak.

Isi-isi :

Raja :

            Kedudukan tertinggi raja ini diperlihatkan dalam era pemerintahan Dinasti Tudor pada tahun 1485 sehingga 1603. Walaupun raja-raja mengarnalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud pada Zaman Pertengahan. Ketika itu, raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi tidak menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan. Pembatasan kuasa ini memperlihatkan England mengamalkan sistem monarki terhad apabila raja tidak boleh mengubah undang-undang yang telah tercatat dalam Magna Carta sejak tahun 1215.

            Seterusnya, era pemerintahan Raja Henry VII di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Da lam mengukuhkan kewibawaannya, Raja Henry VII juga telah mengadakan perikatan politik melalui perkahwinan. Salah satu contoh perikatan politik melalui perkahwinan yang dijalankan oleh Raja Henry VII adalah perkahwinan antara Arthur dengan Caroline (puteri Sepanyol). Walaupun Arthur meninggal dunia selepas beberapa bulan perkahwinannya, Catherine masih menetap di England dan berkahwin dengan putera kedua Raja Henry VII yang kemudiannya menjadi Raja Henry VIII. Manakala era pemerintahan Dinasti Tudor berakhir apabila Ratu Elizabeth I meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan pemerintah England yang memulakan pemerintahan Dinasti Stuarts di England. Baginda telah memerintah dari tahun 1603 hingga tahun 1625. Raja James I juga telah memperkenalkan beberapa dasar pemerintahan sepanjang pemerintahannya. Raja James I merasakan wujud pembatasan kepada kuasa raja apabila terdapat dua dewan, iaitu Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan ini mempunyai kuasa tentang cukai dan undang-undang.

            Raja James I menggunakan sistem kewangan yang mengguna pakai sistem sedia ada, iaitu pendapatan tetap yang diterima daripada harta dan kutipan diraja, cukai kastam dan sebagainya. Manakala, cukai tanah dan lain-lain ditetapkan oleh parlimen. Situasi tersebut menyebabkan Raja James I perlu merayu kepada parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan namun permintaan baginda tidak dilayan oleh parlimen. Keengganan parlimen ini telah menyebabkan Raja James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya dengan menaikkan cukai kastam dan beberapa kuasa yang boleh dikuasainya. Parlimen menentang tindakan tersebut namun hanya mengundang kemarahan Raja James I. Putera Raja James I, iaitu Raja Charles I juga menjalankan pemerintahan seperti ayahandanya. Raja Charles I mendapati sukar mendapatkan peruntukan tambahan daripada parlimen. Oleh itu, Raja Charles I melakukan beberapa tindakan yang mendorong parlimen mengadakan persidangan memaksa Raja Charles I menandatangani

            Pengisytiharan Hak pada tahun 1628. Pengisytiharan tersebut bertujuan melindungi rakyat daripada kekuasaan raja. Namun, Raja Charles I tidak menerima syarat tersebut. Ahli parlimen yang tidak berpuas hati dengan pendirian Raja Charles I telah mengadakan persidangan tersebut. Raja Charles I kemudiannya telah menangkap sembilan orang ahli parlimen selepas persidangan tersebut dan membubarkan parlimen. Baginda telah mengambil keputusan untuk memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama sebelas tahun. Keadaan tersebut mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan golongan peniaga.

       Kesemua tindakan yang diambil oleh Raja Charles I telah memeranjatkan golongan bangsawan, pemilik tanah, dan golongan borjouis sehingga mencetuskan perang saudara antara puak raja (cavaliers/royalist) dengan puak parlimen (roundheads). Perang saudara tersebut tercetus pada tahun 1642 hingga tahun 1649. Akhirnya kemenangan berpihak kepada parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell. Kesannya, Raja Charles I tidak lagi berkuasa dalam parlimen dan dihukum pancung oleh Parlimen Rump. Seterusnya, Oliver Cromwell telah menubuhkan pemerintahan Komanwel dan Protectorate di England. Namun, pemerintahan Oliver Cromwell bersifat diktator, iaitu parlimen hanya akan bersidang jika membawa kepentingan kepada beliau. Apabila Oliver Cromwell meninggal dunia, putera Raja Charles I, iaitu Raja Charles II menaiki takhta dan berjanji akan mematuhi dan menghormati parlimen. Beliau kemudiannya memansuhkan Komanwel dan meluluskan undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England.

            Dalam masyarakat feudal di England raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tuan tanah (lord) dan pemilik semua tanah dalam kerajaannya. Penguasaan tanah oleh raja dalam masyarakat feudal membolehkan raja berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang dimiliki. Golongan baron dan knight juga diberi tanah oleh raja sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan. Sebagai balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk peperangan. Pemberian tanah kepada golongan bangsawan juga membolehkan raja memperoleh pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan bangsawan dan seterusnya mempertahankan kuasa.

 

Golongan Bangsawan :

            Bangsawan atau baron berada dalam hierarki kedua selepas raja. Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja juga akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam   hierarki    tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Seterusnya, knight pula berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengusahakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya.

Golongan Knight :

            Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan baron. Oleh itu, mereka menumpukan masa dengan meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan. Pada abad ke-16, kedudukan knight telah diperkukuhkan dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kamajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Kesimpulannya, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera.

Golongan Serf :

            Rakyat biasa yang dikenali sebagai serf atau petani berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat. Kehidupan mereka tidak bebas dan tidak boleh berpindah dan sentiasa di bawah pengawasan raja dan baron. Lord manor atau institusi manor merupakan institusi yang melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Golongan petani yang menerima keistimewaan tersebut terpaksa berhutang dan memberi khidmat kepada lord. Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan dalam manor dan mewakili golongan primitif.

            Golongan petani juga melakukan khidmat buruh. Antaranya adalah membina bangsal, menggali pant, membina dan membaiki jalan serta melakukan pembersihan hutan. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

Kesimpulan :

  • Masyarakat feudal di England telah mengalami perubahan berikutan perkembangan perdagangan, kestabilan politik dan kemunculan bandar-bandar baru.

 

One Response

  1. Nurzahirah Nasuha binti MD Shifulbahari says:

    Terima Kasih, saya minta nak copy info ni boleh? sebab saya tidak beli buku modul sejarah f6 lagi. Alhamdulillah terima kasih ye. semoga Tuhan membalas jasa baik penulis.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,627 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031