Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Struktur Sosial Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu Sebelum British


Terangkan Struktur Sosial Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British.

Pendahuluan :

  • Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.
  • Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
  • Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

Isi-isi :

Golongan Pemerintah :

Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar :

  • Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
  • Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
  • Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
  • Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
  • Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
  • Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
  • Menjalinkan hubungan luar.
  • Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

Keluarga Dan Kerabat Diraja :

  • Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
  • Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
  • Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
  • Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
  • Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
  • Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
  • Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

Golongan Bangsawan Dan Pembesar :

Golongan Bangsawan :

  • Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
  • Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
  • Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
  • Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

Pembesar Daerah :

  • Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
  • Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
  • Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
  • Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
  • Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
  • Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
  • Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

Golongan Ulama Dan Pendeta :

Golongan Ulama :

  • Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.
  • Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
  • Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

Golongan Pendeta :

  • Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
  • Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
  • Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan Diperintah :

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

Rakyat Biasa :

  • Petani, nelayan, dagang dan tukang.
  • Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
  • Mengamalkan tradisi gotong-royong.
  • Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
  • Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

Rakyat Asing :

  • Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.
  • Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
  • Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
  • Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

Golongan Hamba :

  • Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
  • Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
  • Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

Terdapat Tiga Jenis Hamba:

Hamba Raja :

  • Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
  • Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

Hamba Berhutang :

  • Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

Hamba Biasa :

  • Menjadi hamba seumur hidup.
  • Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

Kesimpulan :

  • Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
  • Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
  • Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: