Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Dasar Pemerintahan Maharaja Akhbar Dengan Maharaja Aurangzeb


Bandingkan antara dasar pemerintahan Maharaja Akhbar dengan Maharaja Aurangzeb dalam mengukuhkan pemerintahan Moghul di India

Pengenalan :

  • Pemerintahan  kerajaan Moghul  di India.
  • Latar belakang Akbar – Pemerintah Moghul yang ketiga. Memerintah antara tahun 1556 hingga 1605 menggantikan bapanya Humayun.  Pada awal pemerintahannya, baginda dibantu oleh  Perdana Menterinya Bairam Khan.  Terkenal dengan dasar liberal dan toleransi.
  • Latar belakang Aurangzeb – Baginda menaiki takhta telah berjaya menyingkirkan bapanya, Shah Jehan pada tahun 1658.  Memerintah sehingga tahun 1707 dan dikenali sebagai Alamgir yang bermaksud Pemegang Alam.  Sebelum memerintah India,  baginda pernah dilantik sebagai Gabenor di Deccan, Gujerat dan Multa

Isi-isi :

Dasar Perluasan Wilayah

  •  Akbar – Berjaya dalam gerakan perluasan wilayah dan meletakannya di bawah satu sistem pemerintahan yang seragam.  Pada tahun 1561 berjaya menakluki Malwa dan mengatasi pemberontakan Baz Bahadur.  Pada tahun 1564 hingga 1569 berjaya menakluki Chitor, Rantambor dan Kalinjar.  Chitor ditawan setelah Raja Rama Chand menyerah diri.
  •  Aurangzeb – Dasar perluasan wilayah yang paling luas.  Ia meliputi 14 wilayah di Utara India, 6 wilayah di Deccan dan 1 wilayah di Kabul.  Beliau berjaya mengalahkan semua pemberontakan kaum Hindu dan Sind  seperti pemberontakan kaum Pathan, kaum Jat dan Satnawi.  Semua pentadbiran wilayah tersebut diselaraskan dibawah pentadbiran pusat dan wilayah.

Pentadbiran Islam :

  • Akbar – Dasar Islam dalam pentadbiran Akbar tidak jelas.  Beliau lebih memberi perhatian kepada usaha menyatupadukan rakyatnya dari berbilang kaum dengan mengamalkan dasar pemerintahan yang liberal dan toleransi sehingga         mengubahsuaikan prinsip agama seperti dasar perkahwinan campur tanpa menukarkan agama. Beliau telah berkahwin dengan puteri Raja Baghwan Das. Beliau dikatakan pemerintahan Islam yang pertama di India mengasingkan politik dari agama dan menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa.
  •  Aurangzeb melaksanakan dasar Islam yang  jelas dalam pentadbirannya  Beliau melaksanakan perundangan Islam berpandukan  buku perundangan yang terkenal iaitu Fatwa Alamgir. Para ulama dilantik sebagai penasihat dalam pentadbirannya.  Lembaga Penapis ditubuhkan untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak dan tidak melanggar peraturan Islam.

Birokrasi :

  • Akbar – Beliau tidak membezakan antara rakyat yang beragama Islam dengan yang bukan Islam dalam memegang jawatan penting dan tertinggi dalam pentadbiran awam dan tentera.  Akbar telah melantik Todar Mal dan Man Singh sebagai penasihatnya. 
  •  Aurangzeb – Beliau tidak membenarkan orang bukan Islam memegang jawatan penting dalam pentadbiran negara  terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dan ketenteraan.  Walau bagaimanapun beliau membenarkan orang Hindu memegang jawatan lain.  Beliau telah melantik ramai orang Hindu memegang jawatan di peringkat rendah.

Dasar  Terhadap Penganut dan Agama  Lain :

  • Akbar – Melaksanakan dasar keagamaan yang liberal dan toleransi.  Untuk mendapat sokongan rakyat, Akbar telah memperkenalkan agama Din-Illahi.  Din Illahi merupakan gabungan daripada pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Sikh. Walau bagaimanapun rakyat diberi kebebasan beragama.
  •  Aurangzeb – Beliau merupakan  pengikut sunni yang tidak bertolak ansur kepada mazhab dan agama lain.  Beliau sangat tegas dalam melaksanakan hukum Islam.  Beliau telah melarang kanak-kanak Islam belajar di kuil Hindu dan menghapuskan peraturan istana yang bertentangan dengan Islam.

Dasar Ekonomi :

  •  Akbar – Beliau telah menyusun semula sistem cukai.  Cukai jizyah yang dikenakan kepada orang bukan Islam telah dihapuskan.  Cukai lain yang turut dihapuskan ialah cukai tanah, cukai  pasar dan cukai membeli dan menjual rumah.  Beliau juga telah memperkemaskan sistem mata wang dengan memperkenalkan syiling emas dan perak.
  • Aurangzeb – Beliau memperkenalkan bayaran jizyah kepada orang bukan Islam dengan kadar yang rendah.  Walau bagaimanapun beliau telah menghapuskan 80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak dibenarkan dalam Islam.  Aurangzeb berjaya meningkatkan pendapatan negara sekali ganda sekiranya dibandingkan di zaman Akbar.    Perkembangan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dasar Sosial :

  • Akbar – Beliau telah menjalankan usaha untuk mengukuhkan kedudukan sosial untuk menjamin perpaduan rakyat.  Beliau mengadakan undang-undang perkahwinan,  melarang keras adat sati dan melarang kanak-kanak di bawah 12 tahun berkhatan.
  • Aurangzeb – Beliau telah bertindak menegakkan sistem sosial Islam.  Beliau mengharamkan judi dan penjualan arak.  Amalan tradisi menghadiahkan emas dan perak oleh pembesar kepada Sultan turut dihapuskan.

Layanan Kepada Orang Hindu :

  • Akbar – Beliau telah memberi hak yang sama kepada rakyat tanpa membezakan kaum dan agama dalam semua bidang.  Orang Hindu diberi keistimewaan memegang jawatan yang penting.  Akbar telah menjadikan kaum bangsawan Hindu Rajput sebagai penyokong kerajaan melalui jalinan persahabatan dan toleransi agama. Tindakannya mengahwini puteri raja Hindu dan mengamalkan beberapa amalan orang Hindu seperti tidak memakan daging lembu dan mengharamkan poligami menyebabkan masyarakat Hindu memberi sokongan kepada pentadbirannya.
  •  Aurangzeb – Beliau mengamalkan dasar yang keras ke atas orang Hindu dan Sikh.  Beliau tidak berkompromi dengan masyarakat bukan Islam.  Tindakannya mengenakan cukai jizyah, meruntuh dan menghalang pembinaan kuil dan menghukum bunuh guru Sikh yang ke lima telah membangkitkan kemarahan dan penentangan di kalangan orang bukan Islam.  Orang Hindu Rajput  dari kaum Jat,  Satnawi dan Mahratta telah melancarkan pemberontakan

Kesimpulan :

Apa sahaja yang berkaitan.

2 Responses

  1. sukmawati mastang says:

    salam kpda cgu jumali…blog ini amt bgus kpda smua pljar trutamanya kpda pljar stpm mcm saya…byk ilmu yg sya dpt melalui blolg ini dan mudah tuk d fahami….

  2. Salam Cikgu Jumali.

    Saya sangat teruja dengan semua pengisian blog cikgu. Boleh saya tahu cara untuk contact Cikgu..?

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,687 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930