Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Jizyah Zaman Umayyah


Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.

Pengenalan

  • Cukai jizyah diertikan sebagai cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang tinggal di negara Islam untuk menjamin perlindungan dan keselamatan nyawa, harta benda dan amalan agama mereka. Cukai jizyah bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila suku Yahudi Taima membayar cukai itu untuk mendapatkan perlindungan di bawah negara Islam Madinah. Pada zaman khulafa al Rasyidin sistem cukai jizyah dikembangkan akibat perluasan kerajaan Islam ke wilayah Mesopotamian, Asia Tengah, Syria dan Afrika. Dalam seluruh wilayah itu zimmi atau orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam terkena cukai jizyah.  Menjelang penubuhan pemerintahan Bani Umayyah cukai jizyah telah merupakan salah satu sumber kewangan yang penting untuk pembangunan negara Islam. Pengertian Jizyah – Cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islan ke atas nyawa, harta benda dan amalan agama mereka.
  • Jizyah terbahagi kepada dua : Sulh al – Jizyah : Cukai perlindungan kepada kaum lelaki bukan Islam yang menepati syarat yang telah ditetapkan. Jizyah al Ru’us : Cukai diri.
  • Latarbelakang kerajaan bani Umaiyyah.

Isi :

Penubuhan Diwan al kharaj :

  • Selaras dengan dasar  meluaskan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Umayyah, khalifah Muawiyah telah menubuh sebuah jabatan kewangan khas bagi menguruskan hal ehwal percukaian termasuk cukai jizyah. Tujuannya ialah bagi memastikan bahawa semua projek dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Pertubuhan kewangan dikenali Diwan al Kharaji.

Perubahan Dasar Perlaksanaan Jizyah :

  • Pada asalnya cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam saja (zimmi) prinsip ini diamalkan pada zaman Khulafa al Rasyidin. Tetapi kerajaan Umayyah telah mengubah dasar ini. Bermula daripada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan cukai jizyah telah dikenakan bukan saja kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada orang Islam  keturunan bukan Arab (Mawali) Perubahan dasar ini dibuat di atas nasihat Hajjaj bin Yusof al Thaqafi, seorang gabenor wilayah Umayyah. Dasar baru yang mendiskriminasi orang Islam bukan Arab adalah untuk mengatasi masalah kewangan dan menghalang orang bukan Islam memeluk agama Islam bagi mengelakkan bayaran cukai jizyah. Dasar baru dalam pelaksanaan cukai jizyah membangkitkan penentangan daripada umat-umat Islam bukan keturunan Arab. Tindakan ini dianggap bersifat perkauman Arab dan mendiskriminasi terhadap kaum bukan Arab jadi mereka bersedia menyokong puak memberontak terutamanya puak Khawarij dan Syiah yang menentang Bani Umayyah.
  • Buat pertama kali golongan rahib (padri dikenakan cukai jizyah semasa pemerintahan Abdul Malik sebelumnya golongan rahib dikecualikan daripada cukai jizyah kerana mereka bergantung kepada sumbangan kebajikan
  • Khalifah al Walid bin Abdul Malik meneruskan dasar cukai jizyah yang ditetapkan oleh bapanya iaitu orang Islam bukan keturunan Arab terus dikenakan cukai jizyah. Al Walid meluaskan kuasanya dan jajahan takluknya terpaksa membayar cukai jizyah

Bentuk Bayaran Jizyah :

  • Tambahan pula Khalifah Abdul Malik mengubah bentuk bayaran cukai jizyah. Pada masa sebelumnya cukai jizyah boleh dibayar dalam bentuk pembayaran daripada hasil tanaman. Tetapi Khalifah Abdul Malik telah menghentikan pembayaran secara barangan dan menetapkan bahawa cukai jizyah haruslah dibayar dalam bentuk wang tunai.

Kadar Bayaran Jizyah :

  • Di samping itu kadar bayaran cukai jizyah dinaikkan sebanyak empat kali ganda pada zaman Khalifah Abdul Malik.

Perubahan dasar terhadap  Cukai Jizyah Pada zaman pemerintahan Umar Abd. Aziz

  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz bertindak memansuhkan cukai jizyah ke atas orang Islam bukan Arab. Beliau ingin menghapuskan diskriminasi terhadap golongan Mawali dan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur antara Arab dan bukan Arab serta memujuk orang bukan Islam memeluk agama Islam. Kadar bayaran cukai jizyah juga dikurangkan supaya tidak membebankan rakyat.

Mengembalikan Dasar Cukai Jizyah Seperti sebelum Umar Abd. Aziz

  • Khalifah Yazid II, pengganti Umar bin Abdul Aziz, mengembalikan semula dasar dikriminasi terhadap golongan Islam bukan Arab. Mereka terkena bayar lagi cukai jizyah. Tambahan pula kadar bayaran dinaikkan sebanyak 50 peratus.

Kesimpulan :

Apa saja yang berkaitan.

 

One Response

  1. atikah says:

    salam. mohon baca dan copy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: