Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Peranan Golongan Masyarakat Dalam Tamadun Mesir


Bincangkan peranan setiap golongan masyarakat dalam tamadun Mesir.

 

Pendahuluan :

 

  1. Definisi organisasi sosial – pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup dan pekerjaan.

 

  1. Latar belakang Tamadun Mesir
  • Bermula pada tahun 3500 SM
  • Di Lembah Sungai Nil iaitu kawasan yang mempunyai tanah yang subur.
  • Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan Mesir Selatan.

 

  1. Organisasi sosial pada zaman pradinasti.
  • Golongan pemerintah
  • Golongan diperintah

 

  1. Struktur organisasi
  • Berbentuk hierarki
  • Lapisan terdiri daripada :
  1. Raja
  2. Keluarga diraja
  3. Golongan bangsawan dan paderi
  4. Anggota tentera, pembantu raja dan petani
  5. Hamba

 

Isi :

 

Peranan firaun/raja :

  • Mempunyai kuasa yang tertinggi dan bersifat mutlak.
  • Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat
  • Merupakan sumber kekuasaan dan bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan ketua hakim.
  • Lambang maat iaitu tanggungjawab memberi kesejahteraan kepada rakyat
  • Memperkenal peraturan dan undang-undang untuk memelihara keamanan.
  • Ketua tentera dan ketua agama.

Keluarga Diraja :

  • Bakal mewarisi takhta
  • Diberi pendidikan sejak kanak-kanak dalam bidang matematik, senibina, astronomi dan sains.
  • Mengikuti latihan ketenteraan dan menyertai ekspedisi ketenteraan.

Golongan Bangsawan :

  • Pegawai tinggi yang membantu raja dalam bidang pentadbiran
  • Mereka dilantik sebagai gabenor, wazir, pegawai istana, dan pemungut cukai.
  • Gabenor – mengetuai pentadbiran di peringkat wilayah
  • Wazir – berperanan mengawasi kerja pembinaan, membaiki terusan, menjalankan bancian kerja ternakan dan hasil negara, mengumpul cukai dan menyediakan buruh paksa.

Pendeta/Paderi :

  • Kuasa pelantikan raja
  • Mengetuai upacara keagamaan

Anggota Tentera :

  • Jawatan tentera membolehkan seseorang  meningkatkan status mereka, dibenarkan memiliki pembantu rumah, harta rampasan, ganjaran dan pangkat.
  • Tentera juga bertindak membantu firaun dalam ekspedisi ketenteraan dan meluaskan jajahan takluk seperti di Nubia.

 Pembantu Raja :

  •  Terdiri daripada pekerja lombong dan pembinaan, membuat tembikar dan mengangkut air.
  • Bekerja sepanjang tahun dan bersama keluarga ketika bercuti.
  • Dibayar gaji dalam bentuk gandum dan barli
  • Mempunyai rumah berhala sendiri dan anggota tribunal untuk menjatuhi hukuman kes kecil.

 Petani :

  • Memberi sumbangan besar dalam bidang ekonomi terutama menghasilkan hasil pertanian untuk kegunaan dalam negara dan dieksport ke negara luar (Yunani).

Golongan Hamba :

  • Terdiri daripada orang asing khususnya  tawanan perang.
  • Tidak mempunyai kebebasan
  • Memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial
  • Mempunyai kemahiran sebagai tukang jahit di istana.
  • Terpaksa bekerja sebagai buruh pembinaan dan bekerja di ladang.

 Kesimpulan :

 

Struktur masyarakat di Mesir memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan dan kemajuan tamadun Mesir terutama dari sudut seni bina.

3 Responses

  1. lellen_92 says:

    perfert..ngam sgt ne tuk sy cri sumber…

  2. herda says:

    thnks:)

  3. nurul faizah says:

    thanx cikgu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: