Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sistem Raja/Maharaja di China


Huraikan Sistem Raja/Maharaja di China.

Pengenalan :

Institusi merujuk kepada pola yg tertubuh untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia sekaligus mengatur perlakuan manusia. Institusi berperanan;

  • Menegakkan keamanan
  • Menegakkan undang-undang
  • Mewujudkan perdamaian

Pemerintahan bermaksud badan yg dianggotai oleh sebilangan individu yg dilantik / dipilih mengikut prosedur undang2 bagi menjawat jawatan tertentu bagi mentadbir atau mengurus sesebuah negara.

Pentadbiran pula merujuk kepada sistem yg melaksanakan dasar atau arahan ketua pemerintah untuk membangunkan negara [politik, ekonomi dan sosial] dengan bantuan pembesar dan menteri2.

Isi-isi :

Sistem Raja & Maharaja China

Konsep Beraja di China :

  • Raja & Maharaja menduduki status tertinggi dalam hierarki sosial. Raja /maharaja mempunyai kuasa penentu dan pemutus.
  • Raja & Maharaja merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. Jika Raja / Maharaja bijak, berkebolehan dan berdaulat tinggi, kerajaannya cemerlang dan rakyatnya aman makmur. Sebaliknya,kerajaan tidak akan kekal lama manakala rakyat susah dan miskin.
  • Walau bagamanapun, berlaku perubahan mendadak dalam sistem Raja dan Maharaja di China pada abad ke-19 akibat kedatangan kuasa Eropah.

Kedudukan & Peranan Raja / Maharaja :

Kedudukan maharaja China dilegistimasikan berdasarkan konsep mandat dari syurga. Menurut konsep ini, maharaja dianggap sebagai wakil dari syurga ataupun “anak syurga”. Maharaja;

  • Diberi kuasa spiritual yg tidak terhingga [individu paling berkuasa].
  • Menduduki hierarki teratas.
  • Akan menjamin kemakmuran dan keamanan rakyat.
  • Mendapat penghormatan tertinggi drp masyarakat China.

Berdasarkan konsep mandat dari syurga, maharaja atau raja dianggap gagal mendapat mandat dari syurga dan perlu diganti jika berlaku malapetaka seperti banjir, kemarau dan kebuluran. Pemerintah yang baik menjamin kerajaan yang aman dan makmur.

Maharaja turut mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan prinsip :

  • Setiap pihak mempunyai tanggungjawab terhadap pihak lain bagi mewujudkan masyarakat harmoni.
  • Mengutamakan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan.

Sistem pemerintahan China ibarat “Autokrasi yg diletakkan di atas demokrasi”. Hal ini dapat dilihat seperti berikut :

Pentadbiran Pusat :

Pentadbiran pusat di China terbahagi kepada 3 unit iaitu :

  • Sekretariat Agung : Memberi nasihat kepada Maharaja
  • Majlis Tertinggi : Badan penasihat utama yang terdiri daripada enam kementerian
  • Cencorete : Lembaga Penapis ( Mata dan telinga kepada Maharaja )

Pegawai yg setia diberi anugerah / yang ingkar dihukum.

Pentadbiran Wilayah :

  • 1. Zaman Dinasti Ming semasa era Dinasti Ming, empayar China dibahagikan kepada 15 wilayah. Seorang pesuruhjaya dilantik mengetuai setiap wilayah.
  • 2. Zaman Dinasti Ching. Semasa pemerintahan Dinasti Ching, terdapat 18 wilayah di China. Seorang gabenor dilantik mengetuai setiap wilayah.

Peranan Maharaja :

Bidang Ketenteraan :

  • Raja berperanan sebagai ketua tentera.
  • Di awal pemerintah Dinasti Ming, maharaja berusaha menyatukan semua empayar China. Usaha pemerintah Dinasti Ming membolehkan mereka berjaya menguasai sebahagian besar Manchuria dan menaungi Korea dan Ryukyu. Semasa pemerintahan Dinasti Ching, Maharaja Chien Lung muncul sebagai maharaja ketenteraan ( meluaskan empayar China ).

Bidang Ekonomi :

  • Dalam bidang ekonomi, tanah sebagai hak maharaja.
  • Tanah merupakan satu kurniaan / anguerah maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah menjadi lambang status sosial dalam masyarakat China. Rakyat bercucuk tanam di atas tanah yg dimiliki oleh pembesar atau tuan tanah.
  • Peningkatan hasil pertanian turut menyumbang kepada pendapatan pembesar atau tuan tanah. Hal ini membolehkan maharaja mengumpul pendapatan melalui kutipan cukai.

Urusan Luar Negara :

Pada era pemerintahan Dinasti Ming, maharaja-maharajanya mengamalkan Dasar Buka Pintu. Dasar ini memberi kesan kepada China iaitu :

  • Perdagangan berkembang
  • Penyerapan ilmu & teknologi barat
  • Penyebaran agama Kristian

Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan maharaja Dinasti Ching, berlaku perubahan dasar luar China. Dinasti Ching mengamalkan Dasar Tutup Pintu [pemencilan / isolasi/ pengasingan]. Hal ini berpunca daripada perasaan curiga dengan kehadiran orang barat.

Bidang Perundangan :

Dalam bidang perundangan, Maharaja berkuasa mutlak menggubal undang2. Ciri-ciri sistem perundangan China ialah :

  • Hukuman secara kolektif
  • Seseorang dianggap bersalah sehingga berjaya membuktikan dia tidak bersalah.

Kesimpulan ;

Sistem beraja yang diamalkan oleh China memperlihatkan China memiliki system pentadbiran yang teratur. Setiap dinasti yang memerintah China membawa dasar yang berbeza dan dasar ini memberi kesan kepada kestabilan dan kemakmuran negara China.

One Response

  1. Zuraidah Ishak says:

    Salam. Latar belakang bagi pemerintahan ni pula macam mana?

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,569 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031