Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Feudal Di China


Huraikan kegiatan sistem ekonomi feudalisme di China.

Pendahuluan

  • Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan keadaan geografi Negara China. Dua per tiga daripada Negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun pula di sebelah barat dan utara. Oleh yang demikian, keluasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15% sahaja. Namun China masih mampu untuk menanpung makanan untuk penduduknya dan mampu mengeksport makanan ke luar Negara.
  • Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang berdagang di China.
  • Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi dan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar Bandar dan mengawal aktiviti ekonomi di kawasan luar Bandar. Kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abad ke-16.

Isi-isi penting

Pertanian

  • Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan Dinasti Ming. Justeru, hampir 85% masyarakat China masih menetap di desa. Kawasam tumpuan utama China ialah di kawasan laut Timur China dan Mongolia, iaitu di dataran loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning. Sungai Yangtze menjadi nadi kehidupan masyarakat dan penyumbang utama ekonomi, serta sistem perhubungan utama kepada 12 wilayah di bawah pemerintahan empayar China. Di sini, terbentuk Bandar-bandar besar China seperti Chungking, Hankow, Kiukiang, Anking dan Nanking.
  • Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman padi ini banyak diusahakan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain yang diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin. Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China, iaitu di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Kepelbagaian tanaman ini memperlihatkan kesuburan tanah dalam Negara China dan kekayaan alam semulajadi.
  • Pemerintahan Dinasti Ming telah mengadakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Antaranya: Meningkatkan penggunaan sistem pengairan, Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman, Menggunakan peralatan pertanian seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah, Memperkenalkan kaedah pertanian baru seperti tanaman bergilir dalam skala yang besar, Memperkenalkan permulaan tanaman dua musim yang dipinjam dari Vietnam Selatan dan Penggunaan baja telah meningkatkan hasil pengeluaran.
  • Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dari Vietnam Selatan telah membolehkan penanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam semusim di tanah yang sama. Tambahan pula, padi ini tidak memerlukan banyak air semasa musim semaian dan ini telahmembolehkan padi baka baru ini ditanam di kawasan yang berbukit di China. Seterusnya, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan barang hasil pertanian ini dijual di bandar-bandar besar oleh tuan-tuan tanah. Malahan, ada orang tengah yang membeli secara pukal dan menjual hasil pertanian ini di bandar-bandar besar di China.

Industri kecil

  • Kepesatan perkembangan ekonomi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing. Bandar-bandar ini turut menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri-industri skala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang sehinggapada zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuan Zhang, industri ini member sumbangan yang besar dalam perbendaharaan Negara. Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran porselin yang utama.
  • Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang sebagai pusat utama pengeluaran kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan kapas sebagai satu tanaman penting dalam Dinasti Ming. Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sector pertanian dan pembangunan Negara China. Usaha pertukaran dengan Negara luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur, dan negara-negara Asia.

Perdagangan

  • Pada abad ke-16, ekonomi feudalism yang mengutamakan pertanian sebagai sumber utama di China telah menyebabkan status ekonomi perdagangan diletakkan sebagai lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi. Justeru, para pedagang dipandang hina walaupun membawa pulangan yang banyak kepada Negara China.
  • Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan dengan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang baik. China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan perhubungan yang utama. Sungai Yangtze yang boleh dimuduki kapal sejauh seribu batu dari kuala telah membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah.
  • Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan pembinaan Terusan Besar yang menganjur dari Peking di sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze. Sementara di bahagian tengah dan selatan China pula, khasnya di wilayah-wilayah timur, banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Hubungan Luar dan Perdagangan

  • Perdagangan di China pada abad ke-16 turut berkembang. Perkembangan ini berikutan pembaharuan dasar pemerintahan Dinasti Ming. Pada abad ini, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China memulakan pelayaran ke pesisir pantai di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisir pantai Afrika. Pelayaran ini membuahkan hasil apabila wujudnya hubungan dengan negara luar dan hubungan perdagangan.
  • Hubungan dengan Negara luar ini telah meningkatkan perdaganganv China dan membawa pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di pelabuhan Canton. Pelabuhan Canton menerima pelbagai bangsa, antaranya pedagang Asia Tenggara, Arab dan Eropah. Kepelbagaian Negara para pedagang yang datang ini membolehkan China menerima banyak aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintah era Dinasti Ming ini telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini Berjaya meningkatkan ekonomi Negara China.

Kesimpulan :

  • Ekonomi feudalisme di China menunjukkan aspek dari segi pertanian, industri kecil, perdagangan serta hubungan luar dan perdagangan yang menjadikan negara China sebuah Negara yang wajar menjadi contoh kepada negara-negara lain.
  • Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming telah menjadikan China sebagai sebuah Negara yang masyhur dalam perkembangan ekonomi pada masa tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: