Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Baitulmal Zaman Umayyah


Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.

Pendahuluan :

  • Merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara harta umum.
  • Institusi ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara.
  • Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber pendapatan negara tidak banyak.

Isi :

Sejarah Penubuhan Baitulmal :

  • Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah kecil seperti rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai maka hasilnya dibahgikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya.
  • Penubuhan Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab menjadi khalifah pada tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang pesat dan pemerintahannya mendapat harta yang banyak hasil daripada rampasan perang dan juga daripada daerah taklukan yang luas. Ini memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya setiap perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang ditentukan oleh undang-undang Islam. Sehubungan itu, Khalid b. al Walid mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan negara bagi menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan ini dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal.
  • Khalifah Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib, Makhramah b. Naufal dan Jubair b. Mu’tam untuk mengendalikan Baitulmal.
  • Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yang berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya dibawah pentadbiran Baitulmal pusat.
  • Dengan penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam yang bersesuaian dengan perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada masa itu. Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan pengurusan harta dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara bersesuaian dengan kehendak undang-undang Islam.

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah :

  • Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.
  • Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk disimpan di Baitulmal.
  • Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.
  • Pada zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran. Beliau telah menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya dan beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki dan membina saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan aktiviti perdagangan.
  • Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan persediaan ketenteraan dan usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.

Kesimpulan :

  • Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam membangunkan negara.
  • Sumber-sumber kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan hasil pelaksanaannya yang diuruskan dengan cekap dan berlandaskan undang-undang syariah.

 

3 Responses

  1. musykil says:

    boley jawab soalan ujian esok>>

  2. atikah sahahirah says:

    soalan yang bagus

  3. marha says:

    sy nak tanya.. klu di malaysia, apa implikasi baitul mal terhadap masyarakat dan malaysia sendiri? dan bagaimana perlaksanaannya?

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,641 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930