Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sistem Ekonomi Perindustrian Di Jepun


Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian di Jepun

Pendahuluan:

  • Pada tahun  1868, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat yang dilaksana oleh Maharaja Meiji menjadikan Jepun lebih dihormati di Barat.
  • Zaman Meiji menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Permodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya yang bertukar ekonomi perdagangan di rantau Asia Timur.
  • Perkembangan negara Jepun melalui perindustrian dapat dilihat daripada empat elemen perindustrian. Iaitu industri-proto, perkembangan melalui pelaburan, peralihan bidang dan ekonomi dualisme.

Isi-isi penting:

  1. Sektor pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun. Sektor pertanian menyumbangkan hampir 60% daripada jumlah pendapatan kerajaan Jepun. Eksport pertanian seperti sutera dan teh telah menampung pembelian kebanyakan dari jentera dan bahan-bahan perindustrian yang diimport dari Barat. Produktiviti pertanian Jepun sangat tinggi dan berjaya mengekalkan pengeluaran industri-proto Jepun dikawasan Bandar dan luar Bandar.Industri-proto merujuk kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi. Peningkatan dan pertambahan pelaburan dicapai melalui pelaburan domestik dalam industri dan insfrastruktur. Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan menyelaraskan pembinaan tempatan.
  2. Kerajaan Jepun juga membangunkan perusahaan kilang-kilang penggulungan sutera moden di Tomioka dan Maebashi pada tahun 1870, kilang memintal kapas di Nagoya pada tahun 1875,dan kilang benang bulu kambing di Senju pada tahun 1875.Kerajaan Meiji turut membina kilang simen Fukugawa pad atahun 1875 dan kilang kaca Shinnagawa pada tahun 1876. Untuk memastikan perkembangan perindustrian berterusan,kerajaan Meiji telah menyerahkan kebanyakan daripada milik perindustrian ini kepada beberapa buah syarikat seperti Mitsui,Mitsubishi,Sumitomo,Yasuda dan lain-lain.Kemunculan zaibatsu telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.
  3. Kemunculan ekonomi dualisme pada tahun 1910-an sebagai pemacu kepada industri berat seperti industri bahan kimia, besi dan keluli, jentera telah melonjakkan permintaan untuk tenaga kerja mahir yang fleksibel. Buruh-buruh yang dikategori mengikut kemahiran dan pasaran modal muncul di Jepun selepas tahun 1910-an.Sektor yang memerlukan dan menggunakan tenaga buruh yang tinggi mendapat upah yang lebih rendah.Ini disebut sebagai dualisme. Ekonomi dualisme turut menyumbang kepada ketidaksamaan pendapatan dan menyebabkan berlaku pergolakan sosial dalam negeri.
  4. Penggunaan kaedah terbaik dalam pertanian telah menyumbang kepada kemajuan wilayah-wilayah yang kurang produktif. pertemuan dan penyebaran benih-benih berkualiti telah meningkatkan produktiviti pertanian di seluruh negara.Pada masa sama,berlaku kemajuan dalam bidang pertanian apabila menggunakan teknoligi pertanian yang diimport dari Barat.
  5. Penggunaan teknologi kuasa wap telah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos, penggunaan kuasa elektrik membolehkan setiap mesin diselengara secara berasingan dan menjadikan seluruh kilang menggunakan jentera elektrik. Kapasiti sosial untuk mengimport dan menyesuaikan teknologi asing bertambah baik selepas Perang Pasifik. Kerajaan Jepun mewujudkan consensus sosial dalam melaksanakan pembaharuan tanah dan subsidi pertanian,mengurangkan pecah belah politik,melanjutkan pendidikan wajib,dan perpecahan zaibatsu telah memberi kesan positif.
  6. Penubuhan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI bertindak sebagai pembeli tunggal ekonomi dan memainkan peranan untuk mengurangkan persaingan dalam kalangan industri Jepun dan dapat mengawal harga yang perlu dibayar untuk teknologi Barat. Kawalan kualiti dalam industri pemasangan telah dilaksana dan pekerja velajar dengan tekun bagaimana untuk mengendalikan mesin selain daripada berusaha untuk mengeluarkan komponen-komponen  sendiri. Jepun berjaya merevolusikan industri pemasangan pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an

Kesimpulan :

  • Perkembangan perindustrian Jepun mempunyai empat elemen perindustrian iaitu industri-proto, pelaburan, peralihan bidang dan ekonomi dualisme. Perindustrian yang pesat dan pemodenan Jepun menyumbang kepada peningkatan besar-besaran dalam pengeluaran dan insfrastruktur
  • Jepun membina industri seperti limbungan kapal dan pelaburan besi yangh kemudiannya dijual kepada usahawan berkaliber.kesannya,syarikat-syarikat tempatan menjadi pengguna teknologi Barat dan menggunakan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual murah di pasaran antarabangsa

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,577 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031