Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kesan Sosio Ekonomi Akibat Perusahaan Bijih Timah Abad Ke- 20


Bincangkan Kesan Sosio-ekonomi di Tanah Melayu Akibat Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan Getah Pada Awal Abad ke 20.

Pengenalan :

  • Ekonomi komersial Tanah Melayu dimulakan dengan perkembangan perusahan bijih timah diikuti dengan perusahaan getah berikutan campur tangan British di Negeri-    negeri Melayu pada tahun 1874
  • Kedua-dua perusahaan ini menjadi nadi dan sumber pendapatan utama Tanah Melayu sehingga  abad ke 20

Isi-isi :

Kesan Sosial :

  • Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu sejak pertengahan    dan penghujung  abad ke 19 telah membentuk masyarakat majmuk
  • Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat dengan kehadiran    kaum Cina dan India di samping orang Melayu yang sedia ada
  • Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu tinggal di kawasan    kampung dan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar dan perlombongan     serta orang India di kawasan ladang
  • Pada dasarnya hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan terpisah bersesuaian     dengan matlamat dasar pecah dan perintah”yang diamalkan oleh kerajaan British
  • Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem pendidikan vernakular     iaitu sistem pendidikan mengikut kaum

Kesan Ekonomi :

  • Kemajuan pesat perusahaan bijih timah dan getah secara langsung meningkatkanpendapatan dan kemajuan ekonomi Tanah Melayu
  • Perusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan    kepada penduduk Tanah Melayu dalam bidang pengurusan, perkeranian, pengangkutan, perkilangan dan sebagai buruh kasar di lombong dan ladang
  •  Penghijrahan kaum Cina dan India telah mewujudkan  pemisahan ekonomi mengikut kaum iaitu orang Melayu dalam pertanian sara diri, orang Cina dalam perlombongan dan perniagaan dan orang India dalam sektor perladangan .
  • Kemajuan ekonomi komersial ini walau bagaimanapun tidak menguntungkan orang  Melayu malahan orang Melayu semakin ketinggalan dari segi ekonomi
  • Syarikat Eropah dan syarikat Cina telah mendominasi kedua-dua perusahaan ini
  • Perkembangan  perusahaan bijih timah dan getah telah membentuk beberapa bandar baru seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban
  • Kerajaan British telah membina dan membangunkan sistem perhubungan moden    iaitu jalan kereta api dan jalan raya bagi kemudahan pengangkutan dan pemasaran    bahan tersebut dari kawasan pengeluaran ke pekan serta kawasan pelabuhan.
  • Kemajuan pelabuhan Port Weld, Kelang, Pulau Pinang dan Singapura  dikaitkan    dengan perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
  • Perkembangan perusahaan bijih dan getah juga telah  memperkenalkan beberapa    teknologi baru seperti kapal korek yang berkeupayaan tinggi mengeluarkan bijih

Kesimpulan :

  • Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah adalah asas pembentukan ekonomi    berbentuk komersial di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan 20
  • Perkembangan kedua-dua perusahan ini bukan saja membantu perkembangan ekonomi bahkan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Tanah Melayu.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,547 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031