Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pengaruh Islam Dalam Hukum Kanun Melaka


Sejauhmanakah unsur-unsur Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pendahuluan :

Pembukaan Melaka :

  • Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1402
  • Berkembang menjadi Bandar Pelabuhan Antarabangsa pada abad ke15.
  • Pada tahun 1414 Parameswara memeluk Islam dan agama Islam mula tersebar .

 Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :

  • Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
  • Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan  Undang-undang Laut Melaka.
  • Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
  • Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah, Kekeluargaan,   keteranagan dan Acara.

Isi :

Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka

  1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
  2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat  Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.

Undang-undang Muamalah,

  • Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.

Undang-undang Keluarga

  • Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.

Undang-undang Keterangan dan Acara

  • Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.

Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.

Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :

  1. Sultan berada di atas undang-undang  ( Konsep Devaraja)
  2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya  Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
  3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh  Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :

  • Tidak amalkan persamaan taraf,  ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti

Konsep Daulat dan Tulah :

  • Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.

Pengaruh adat Temenggung :

  • Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.

Kesimpulan :

Walaupun HKM   diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai  rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.

8 Responses

  1. noorazmilah binti masdo says:

    terima kasih ngan inform nie….

  2. ayuniehamdi says:

    Mrka yg spm el0k la bce nie

  3. Eyen Love says:

    hello ^^ salam… macam mana pula menjawab soalan begini : berikan penilaian keatas kepentingan islam dan adat di dalam aspek undang2 kesultanan melayu melaka.

    • Farahani R. says:

      Islam dalam rujukan, adat dalam acuan. Undang2 Melaka berkisar kebanyakkannya tentang Islam namun kita harus tahu bahawa Islam di Melaka itu dikatakan bersifat mendadak, iaitu apabila Sultannya menganut Islam, maka rakyatnya juga harus menganut Islam. Ia tidak seperti kerajaan awal di Asia Tenggara yang secara tidak langsung mula terpengaruh dengan Islam apabila menjalankan aktiviti berkaitan perdagangan dan pelayaran. Perdagangan dan pelayaran dalam abad2 terawal kisah Asia Tenggara banyak melibatkan pedagang Arab dan China. Kerana awalnya datang pengaruh India, ini membentuk kepercayaan terdahulu masyarakat Melaka, termasuklah adat. Jadi adat-adat tersebut disatukan dengan Islam, kemudiannya dimasukkan elemen-elemen tersebut di dalam kanun perundangan Melaka.

      Bukan jawapan sebenar tetapi gambaran terhadap soalan.

  4. Datuk Wan Ahmad Fauzi says:

    Adat Temenggong jk tidak bcanggah blh mjadi Adat Muhakkamah, sumber Shariah.

    Pembunuhan anak Tun Perak, diampunkan oleh Tun Perak, justeru itu qisas tidak dlaksanakan.

    Omission dlm perlaksanaan Hukum Syarak tidak wajar utk merumuskan ada nya pengaruh hindu dlm Kanun Melaka.
    Sewajarnya dibezakan apakah hukum dan yang mana pula peristiwa.

    Saya kurang bersetuju rumusan bahawa Kanun Melaka hanya 41% sahaja Islamik. Kefahaman tentang sumber rujukan Shariah perlu didalami sebelum dakwaan demikian dibuat.

    Maaf jika pandangan ini blh mnyinggung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: