Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Empayar Sri Vijaya


Huraikan Faktor kemunculan Empayar Sri Vijaya.

Pengenalan :

  1. Empayar Sri Vijaya muncul antara tahaun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang , Sumatera.
  2. Kekuasaan Sri Vijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.

Isi :

Kekuatan Tentera :

  • Berjaya menakutkan musuh yang ingin mengugat pentadbirannya. Pentadbiran Sri Vijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran  diraja , ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang    panglima atau Pratikawa.

Peranan Orang Laut :

  • Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Sri Vijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Sri Vijaya.

Faktor Ekonomi :

  • Sri Vijaya sebagai pusat thalassocraty  p,elabuahannya berfungsi sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.
  • Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.
  • Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui selat Melaka dan Sunda.
  • Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu.

Dasar Perluasan Kuasa :

  • Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekkuasaan kerajaan.

Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur :

  • Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.
  • Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran pusat, wilayah dan daerah.

Hubungan Luar :

  • Mempunyai hubungan diplomatik dengan China dan menghnatar ufti sebagai tanda persahabatan dan menerima ufti daripada kerajaan di bawah taklukannya

 Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha :

  • Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antara bangsa di Asia Tenggara.
  • Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.

Metos :

  • Cerita metos mengenai raja kerajaan ini telah menggerunkan pihak musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan sekelilingnya.

Kesimpulan :

  • Kemunculan empayar Sri Vijaya bergantung kepada beberapa faktor yang saling berkaitan.
  • Namun begitu akhirnya empayar Sri Vijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.

 

4 Responses

  1. faizahh says:

    tqqq so much sir…

  2. archelous says:

    thank q for the note
    the note help me a lot..
    terima kasih ok
    haha

  3. pelajar malaysia says:

    Terima kasih banyak- banyak cikgu, semoga Tuhan membalas segala kebaikan dan keikhlasan cikgu yang sudi berkongsi nota ini. teruskan usaha baik ini. tq again.

  4. ass says:

    cikgu sy x paham tamadun melayu tu ape? then apa kesan tamadun melayu kepada asia tenggara dari segi politik?
    *bagi saya tamadun melayu tu sejarah tentang kewujudan orang melayu kat malaysia kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: