Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Majlis Syura


Majlis  Syura :

Pendahuluan :

  • Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. pengganti baginda dikenali sebagai khalifah.
  • Empat orang khalifah yang selepas kewafatan Nabi dikenali sebagai Khalifah al-Rasyidin. Keempat-empat orang Khalifah al-Rasyidin dipilih melalui Majlis Syura.
  • Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasullulah dan diamalkan oleh Khulafah al-Rasyidin.

Isi :

Latar Belakang dan Konsep :

  • Merupakan Majlis Mesyuarat negara yang berperanan membantu ketua agama Islam melaksanakan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat.
  • Perkataan syura berasal  daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat . Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran Islam berasaskan sistem perbincangan , perundingan dan nasihat dalam menentukan keputusan dan ketetapan.
  • Ramai ahli sejarah menyatakan secara raasmi Majlis Syura dibentuk oleh Khalifah Umar al-Khattab, namun Majlis Syura telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Rasullulah terlebih dahulu.

Tugas :

  • Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan  undang-undang Allah.
  • Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Kalifah al-Rasyidin.
  • Memilih calon khalifah, contohnya semasa perlantikan Khalifah Uthman bin  Affan.
  • Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan khalifah jika ia gagal melaksanakan tugasnya.
  • Memberi bantuan nasihat teknikal yang berkaitan dengan perundangan.

Bilangan Ahli :

  • Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana bergantung kepada keadaan. Contohnya  pada zaman Rasullulah terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat dan panglima tentera.

Kelayakan Ahli :

  • Adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak. )

Prinsip :

  • Pentabiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan ( Musyawarah ) dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
  • Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan / pentadbiran dibuat nmelalui persetujuan hasil daripada perbincangan (Mudhakarah )
  • Kesepakatan, kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pendangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan.
  • Menajadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan dalam membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan.
  • Menggunakan kebijaksanaan hikmah dan sifat lemah-lembut ‘maw’izah’ semasa mengemukakan pendapat, pandangan dan pendirian dalam perbincangan.
  • Keputusan dan tindakan yang diambil/diputuskan hendaklah mengutmakan kepentingan maslahat umum.
  • Menghormati dan menghargai pandangan, pendapat sereta nasihat yang diketengahkan olah orang lain.

Kesimpulan :

Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan ayng bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.

 

7 Responses

  1. abie says:

    terima kasih 🙂

  2. bulan says:

    thnx..:)

  3. faz nandra says:

    salam ramadhan =) terima kasih dengan maklumat ni ye.. izinkan saya mengambil beberapa darinya..

    moga Allah memberkati saudara..=)

  4. niza says:

    izin ambil maklumat untuk rujukan.

  5. anismoon says:

    syukran jazilan ..:)

  6. sulaiman says:

    mesyuarat cara nabi tiada majoriti tiada minoriti…keputusan di buat selepas selawat ats nabi… cadangan yg di terima sume kena anggap itu keputusan dari ALLAH dan org yg memberi cadangan kena istgfar dlm hati utk mnjaga hati dari rosak dan bimbang ada kemudharatan ats cadangan…cadangan yg di tolak perlu bersyukur krna mgkin jika di terima akn mnjadi perpecahan walaupun pd zahirnya cadangan itu sgt bernas pd pemikiran kita y cetek…tetapi ALLAh maha mengetahui apa yg terbaik…

    tiada mesyuarat sebelum mesyuarat,
    tiada mesyuarat selepas mesyuarat,..

    dlm mesyuarat perlu ada amir/ketua…

    dan konsep ini sudah di guna pakai dalam jemaah tabligh…

    samaada buat usaha di tempatan atau di luar…cara mesyuarat sama saja…samaada di india, pakistan, bangladesh, Amareka, canada, aus, south afrika, arab,mesir, malauysia atau di mana sahaja jemaah ini sedang bergerak dan bekumpul mereka menggunakan sistem ini…dan tiada perbalahan…

    dan setiap ,mesyuarat semuanya dilakukan dalam masjid…

  7. CikAtiqahManaf says:

    Halal kan saya copy maklumat cikgu untuk assignment saya .semoga sentiasa diberkati Allah

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,569 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031