Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Peluasan Kuasa British Di Negeri-negeri Melayu Utara 1897-1909


Kajikan Tahap-tahap Perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara Antara Tahun 1897 hingga 1909.

Pendahuluan:

  • Hubungan antara British dengan Siam pada abad ke  19 keseluruhannya ditentukan oleh Perjanjian Burney (1826). Melalui perjanjian itu, British telah mengakui Kedah sebagai jajahan takluk Siam manakala kedudukan Kelantan dan Terengganu tidak dinyatakan .
  • Pada akhir abad ke 19 kerajaan British ingin meneruskan hubungan baik dengan Siam untuk melindungi kepentingan perdagangannya di Siam. Pada masa yang sama Perancis cuba meluaskan kuasa di Siam. Pengisytiharan British–Perancis pada 15 Januari 1896 telah melindungi kepentingan British di Siam dan Tanah Melayu seterusnya British telah memberi perhatian terhadap Negeri-negeri Melayu Utara (NMU).

Isi-isi:

Perjanjian Sulit British – Siam (1897) :

  • Pada 6 April 1897, British telah menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam untuk memastikan tiada kuasa barat lain terutamanya Jerman dapat menguasai NMU.
  • Melalui perjanjian ini secara tidak langsung Siam mengakui peranan dan kedudukan British di NMU.
  • Siam telah bersetuju tidak akan menyerahkan kawasan selatan Siam dan NMU kepada mana-mana kuasa asing tanpa kebenaran British.British pula akan membantu Siam jika kawasan-kawasan itu diancam oleh kuasa-kuasa asing

Pengisytiharan British – Siam (1902) :

Kebimbangan Campurtangan Kuasa Barat Lain :

  • Antara tahun-tahun 1899 hingga 1900, Jerman cuba mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam, Rusia sedang berusaha mendapatkan Teluk Siam dan Ujong Salang untuk dijadikan pengkalan arang batu.
  •  Pada tahun 1901, Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan konsesi kawasan perlombongan bijih timah di pulau-pulau sekitar perairan Terengganu.
  • British bimbang jika Siam tidak mampu mempertahankan negerinya daripada pencerobohan asing.

Peranan Frank Swettenham :

  • Frank Swettenham menegaskan bahawa Siam tidak mampu menguruskan hal ahwal luar NMU maka British perlu campurtangan sebelum kuasa barat lain menguasainya.
  • Beliau berpendapat British harus memperluaskan pengaruhnya di Kelantan dan Terengganu yang banyak hasil galian dan perdagangannya dijalankan dengan Singapura.
  • Frank Swettenham juga mencadangkan Siam melantik pegawai British di NMU.

Kegiatan R.W.Duff di Kelantan :

  • Pada tahun 1900, R.W.Duff telah berjaya mendapatkan kawasan seluas kira-kira 7770 km persegi daripada Sultan Kelantan untuk dimajukan. Beliau telah menubuhkan Perkongsian Pembangunan Duff tetapi tidak diiktiraf oleh kerajaan Siam.
  • Tindakan ini telah mendorong Duff meminta sokongan British menentang bantahan Siam atau Duff akan mendapatkan bantuan kuasa barat lain seperti Perancis dan Jerman.

 

Rusuhan di NMU :

  • Semenjak awal sultan NMU tidak suka berada di bawah naungan Siam. Mulai abad ke-19 Siam telah menjalankan dasar mengetatkan kekuasaannya ke atas NMU yang telah mengakibatkan tercetusnya rusuhan di NMU.
  • Raja Abdul Kadir dari Patani dan Siltan Muhammad IV dari Kelantan telah meminta bantuan British. Sekiranya British tidak membantu mereka akan meminta bantuan dari kuasa Eropah yang lain.

 

Syarat-syarat Pengisytiharan British – Siam 1902 :

  • Pengisytiharan British Siam ditandatangani pada 6 Oktober 1902. Syarat-syarat pengisytiharan tersebut antaranya adalah :
  1. Siam akan mengawal hubungan luar Kelantan dan Terengganu.
  2. Seorang penasihat Inggeris yang dilantik oleh Siam akan membantu Sultan dalam pentadbiran di Kelantan dan Terengganu.
  3. Kelantan dan Terengganu tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam.
  • Pengisytiharan ini merupakan langkah penting bagi perluasan kuasa British di NMU.

 Perjanjian Bangkok ( 1909 ) :

Sebab-sebab Perjanjian Bangkok adalah :

  • Pakatan British – Perancis, 1904 – telah menamatkan kebimbanngan  British terhadap perluasan pengaruh Perancis di NMU yang akan menjejaskan kepentingan british di Siam.
  • Pada awal abad ke-20, Siam telah mengambil keputusan untuk membina landasan         keretapi yang menghubungkan Bangkok dan Kedah dengan bantuan Jerman, British bimbang Jerman akan campurtangan di Kedah.
  • Menjelang 1904, Siam telah menyedari NMU tidak memberi keuntungan kepada negaranya.
  • Pemerintahan Siam di NMU tidak diterima oleh pemerintah dan rakyat tempatan.
  •  Siam bersedia menyerahkan NMU kepada British jika British menyerahkan      kembali hak wilayah asingannya di Siam.
  •  British bersedia mengambil NMU sebab mempunyai potensi bagi perkembangan perdagangan dan pelabuhan British.

Syarat-syarat Perjanjian Bangkok 1909 :

  • Perlis,Kedah Kelantan dan Terengganu diserah kepada British.
  • British menyerahkan kembali hak wilayah asingannya di Siam.
  • British akan memberi pinjaman 4 juta kepada Siam untuk membina landasan keretapi dari sempadan Tanah Melayu ke Bangkok.
  • British akan menanggung semua hutang keempat-empat negeri Melayu itu.

Kesimpulan :

  • Penguasaan  British terhadap NMU memperlengkapkan cita-cita British untuk menguasai seluruh Tanah Melayu selepas menguasai NNS dan NMB
  • Secara tidak langsung ia dapat menampan usaha dan cita-cita kuasa Eropah yang lain untuk bertapak di Tanah Melayu khasnya di NMU

 

One Response

  1. Nook Chum A/ P Eek Deck says:

    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: