Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

The Prince Oleh Nicolo Machiavelli


Bincangkan idea Nicolo Machiavelli dalam karya The Prince tentang cara pemerintah mengukuhkan kekuasaan.                                                                                                                     

Pengenalan :

Karya Machiavelli adalah diterbitkan pada tahun 1532.  Beliau berkhidmat sebagai diplomat dengan Republik Florence dan pernah menyaksikan konflik antara Florence dengan Venice, Pisa, Milan dan Naples.  Pengalaman sebagai diplomat telah menjadikannya bersikap sinis terhadap motif-motif ahli politik.  Beliau adalah seorang patriot yang mempunyai keinginan yang kuat untuk menyatukan politik Itali.  Pada ketika itu, perpecahan politik bukan saja mencetuskan perang saudara di Itali tetapi juga menyebabkan campur tangan dan serangan Jerman, Switzerland, Perancis dan Sepanyol.  Dalam keadaan politik itu, Machiavelli berpendapat bahawa Itali hanya boleh diselamatkan dengan kemunculan seorang pemimpin yang berkaliber dan berkemampuan menyatukan politik Itali dan mempertahankan negaranya daripada serangan luar.  Maka, The Prince, merupakan sebuah panduan untuk memupuk seorang pemimpin yang ideal untuk menjamin kebebasan rakyat, penguasaan tampuk kerajaan dan kebebasan daripada pemberontakan dan serangan luar. Prinsip utama karya The Prince adalah matlamat menghalalkan cara

Perkara-perkara yang dikemukakan :

1.    Perihal Pemerintah dan Tujuan Kuasanya :

Kestabilan dan keselamatan sesuatu kerajaan bergantung kepada kuasa pemerintah.  Walhal pun begitu, tujuan kuasanya bukan untuk kepentingan pemerintah saja tetapi juga untuk kepentingan rakyat.

2.    Perihal Pemerintahan sesuatu jajahan takluk dan kestabilannya :

Dalam sistem kerajaan sesuatu negara yang ditakluki (a) pemimpin haruslah mengekalkan kuasanya dengan tinggal sendiri di negara itu atau (b) mendirikan koloni-koloni di situ atau (c) menubuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang berjiran atau (d) melemahkan negara-negara berjiran yang kuat.

3.    Perihal pemerintahan sesuatu kerajaan kecil (princedom) :

 Machiavelli mengingatkan bahawa dalam sesuatu kerajaan kecil yang diperintah oleh seorang putera, fikiran rakyat mudah berubah-ubah.  Pada hal itu, paksaan haruslah digunakan untuk menentukan fikiran mereka.  Pembunuhan, hukuman dan penipuan dicadangkan untuk memupuk kehormatan dan menegakkan sesuatu orde politik baru

4.    Perihal Hubungan Kerajaan dengan Angkatan Tentera :

Mengikut Machiavelli, sebuah kerajaan yang luat haruslah mempunyai tentera nasional yang terdiri daripada rakyat negara. Kebanyakan kerajaan Itali adalah dibiasakan dengan menggunakan askar upahan asing untuk hal pertahanan.  Askar upahan dianggap bahaya dan tidak berguna.  Tambahan pula, seorang putera haruslah sentiasa memerhatikan hal-hal ketenteraan untuk menjamin kewujudan negara. (national survival)

5.    Perihal Pemerintah dan Kefleksibelan Nilai Etikanya :

Beberapa bab dalam The Prince adalah berkaitan dengan nilai moral tingkah laku seorang pemerintah.  Mengikut Machiavelli, nilai etika, sama ada baik atau buruk, adalah relatif dan demi kepentingan kuasa kerajaan haruslah diubahsuaikan mengikut perubahan politik.

6.    Perihal kekejaman dan kuasa pemerintahan :

Kekejaman haruslah dianggap sebagai suatu senjata untuk menjadikan rakyat bersatu padu dan mengekalkan kepatuhan rakyat kepada negara dan pemerintah.  Mengikut Machiavelli, antara kasih sayang dan ketakutan, adalah lebih baik seorang pemimpin memilih ketakutan untuk menjamin sokongan rakyat oleh kerana fikiran rakyat mudah berubah-rubah dan kesetiaan mereka kepada negara adalah palsu.

7.    Perihal Bagaimana Menggalakkan Keyakinan Rakyat :

Menurut Machiavelli, undang-undang biasanya untuk mengekalkan keyakinan manusia dan paksaan digunakan untuk mengawal binatang.  Pada hal pemerintahan, sekiranya undang-undang tidak berkesan, maka paksaan yang melibatkan penipuan, kepura-puraan dan kekejaman haruslah digunakan.  Jadi, seorang pemerintah memahami sifat semula jadi manusia dan juga binatang.

8.    Perihal personaliti luaran dan personaliti dalaman seorang pemerintah dan hubungannya dengan rakyat :

Machiavelli membezakan antara personaliti dalaman dan personaliti luaran.  Walaupun personaliti dalaman haruslah bersifat kejam dan keras terhadap rakyat tetapi personaliti luaran yang boleh disaksikan oleh rakyat haruslah menunjukkan sifat murah hati untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.  Pada hal itu, misalnya, seorang pemerintah haruslah menggalakkan rakyat mengembangkan kegiatan perdagangan, pertanian, kesenian, kesenian dan sebagainya.  Beliau merujuk kepada contoh Empayar Rom di mana para pemerintah menghibur rakyat dengan mengadakan pesta dan pertunjukan untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.

9.  Perihal sesuatu kerajaan yang wujud di bawah kawalan gereja :

Dalam sesuatu kerajaan yang wujud di bawah naungan gereja, kewibawaan pemerintah biasanya tertakluk kepada hukum-hukum agama yang ditetapkan oleh gereja. Dalam keadaan itu, pemerintah perlu bertindak tanpa mempedulikan pengaruh gereja.

Kesimpulan :

Dapat disimpulkan dalam pengukuhan pemerintahan sesebuah negara pemerintah haruslah melakukan apa jua cara untuk mencapai matlamatnya untuk mengekalkan kekuasaan. Semua idea-idea Nicolo Machiavelli menjadi ikutan ahli-ahli politik utama dunia seperti Hitler, Napoleon, Bismark dan lain-lain.

One Response

  1. Melayu says:

    Mohon copy yer.Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: