Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perkembangan Pertanian Di Belanda


Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda

Pendahuluan :

  • Menjelang abad ke-17 dan  18, berlaku  pertambahan bilangan penduduk di Belanda. Dalam pada itu, bilangan penduduk yang tinggal di Bandar-bandar turut meningkat.
  • Peningkatan penduduk di kawasan Bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil tenusu meningkat.
  • Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar Bandar.

Isi-isi penting :

Menebus Guna Tanah

  • Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus guna  tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
  • Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di Belanda

Pengenalan Tanaman Bergilir

  • Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir. Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun 1644.
  • Dalam sistem penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut meningkat.

Kesuburan Tanah

  • Salah satu factor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda ialah Kesuburan tanah. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian
  • Kesuburan tanah menyebabkan petani-petani Belanda memperoleh  hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai langkah untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah : Melakukan pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis ternakan , Akhir sekali membuang rumput dan Tanaman Perosak

Sistem Penanaman Deretan

  • Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau.
  • Penanaman dalam deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Sistem Batas

  • Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas. Melalui sistem ini, Saliran yang baik  dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur.
  • Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

Kemajuan dalam teknologi Peralatan

  • Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi peralatan.
  • Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin menampi bijirin.
  • Penemuan peralatan-peralatan baharu menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Kesimpulan  :

  • Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn Revolusi Pertanian di England ialah dengar menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem Penanaman Deretan, dan  Sistem Batas
  • Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah mangakibatkan  perubahan-perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di Belanda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: