Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Bentuk Kepercayaan Masyarakat Melayu


Bincangkan Pelbagai Bentuk Kepercayaan Dalam Kehidupan  Masyarakat Melayu di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat.

Pengenalan :

  • Bentuk-bentuk kepercayaan dan keagamaan.
  • Amat berkesan ke atas segala tindak tanduk manusia dalam kehidupan.
  • Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu.

Isi-isi :

Kepercayaan Animisme Masyarakat Tanah Melayu:

  1. Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat.
  1. Benda hidup/tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dan sebagainya.
  1. Makhluk halus seperti jin, hantu, penunggu dan sebagainya boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan, keharmonian dan sebaliknya seperti malapetaka dan bencana.
  1. Mengadakan upacara-upacara pemujaan seperti puja pantai di Terengganu, semangat padi di Pahang, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan.
  1. Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit.
  1. Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dan sebagainya.
  1. Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.
  1. Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawang yang berperanan untuk mententeramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dan sebagainya. Mereka percaya kepada keramat, azimat dan tangkal.
  1. Mengamalkan jampi serapah, limau, kain kuning, telur, bunga-bungaan, senjata tradisinal dan sebagainya.
  1. Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.

 Kepercayaan Animisme di Sarawak :

  • Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit
  • Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi tangan.

 Kepercayaan Animisme di Sabah :

  • Orang Ilanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
  • Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
  • Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).
  • Mengadakan upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
  • Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.
  • Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

 Kesimpulan :

  • Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka.
  • Namun demikian selepas kedatangan Islam sebahagian besar amalan kehidupan mereka telah berubah.
  • Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh Hindu-Buddha yang masih diamalkan.

 

2 Responses

  1. mira says:

    walau pun da msuk u , sy masih juga memerlukan sedikit bahan-bahan dari blog cikgu.. huhu thankss cikgu … mira

  2. Luka Lais says:

    Saya kurang faham mengapa tajuk nota dan isinya berbeza iaitu kepercayaan masyarakat Melayu dan kaitan-nya dengan kepercayaan orang Melanau dan orang Murut.

    Wajar ditukar tajuk nota ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: