Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sebab-sebab Desentralisasi


Huraikan Sebab-sebab Pengagihan Kuasa Pusat ( Desentralisasi ) Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu Sehingga Tahun 1939.

Pengenalan :

  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan     dan Pahang telah ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan pada tahun 1896
  • Penubuhan NMB memberi kesan negetif  kepada kepada kuasa Sultan dan kerajaan    negeri kerana kuasa mentadbir berpusat kepada Residen Jeneral dan kerajaan pusat
  • Kelemahan-kelemahan ini telah membawa kepada pelaksanaan desentralisasi dan     proses ini dijalankan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1920 an dan 30 an.

Isi-isi :

Sebab-sebab Pengagihan Kuasa Pusat (desentralisasi) Tahun-tahun 1920 an :

  • Sultan-sultan merasa tidak puas hati kerana kuasa pentadbiran di tangan Residen Jenaral manakala semua jabatan penting di kuasai oleh kerajaan pusat
  • Sultan juga tidak puas hati dengan penyertaan mereka dalam MMP, misalnya mereka tidak mempunyai undi pemutus serta Pesuruhjaya Tinggi/Gabenor NNS    boleh menjalankan peranannya tanpa kehadiran Sultan
  • Pihak British berpendapat pengagihan kuasa perlu bagi menarik minat NMTB bergabung dengan NMB
  • Pengagihan kuasa dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat terutama  dalam era kegawatan ekonomi dunia tahun 1920 an
  • Retrenchment Committee pada tahun 1923 berpendapat sistem pemusatan kuasa adalah terlalu membazir dan terlalu mahal untuk ditanggung oleh pusat
  • Dalam tahun 1920 an berlaku perebutan kuasa antara Pesuruhjaya Tinggi (Sir Lawrence Guillmerd) dan Ketua Setiausaha/Residen Jeneral (Sir George Maxwell).
  • Pergelutan kuasa ini telah menggalakkan Pesuruhjaya  Tinggi mengagihkan kuasa dengan tujuan mengurangkan kuasa Ketua Setiusaha
  • Golongan peniaga juga mendesak kerajaan British untuk memberi mereka penyertaan yang lebih dengan tujuan pentadbiran NMB melalui perwakilan dalam MMN

Sebab Pengagihan Kuasa Pusat Tahun-tahun 1930 an :

  • Sultan dan orang Melayu masih tidak puas hati cadangan pengagihan kuasa yang dibuat oleh Guillmerd kerana kuasa dan kedudukan Sultan tetap tidak berubah
  • Dalam MMP, wakil orang Melayu seperti Raja Chulan dan Dato Abdullah Dahlan mengkritik dan meminta pengagihan kuasa puasat dijalankan dengan lebih tegas
  • Media massa seperti akhbar Majlis dan Saudara memainkan peranan penting membuat liputan terhadap isu-isu kelemahan proses pengagihan kuasa.
  • Pesuruhjaya Tinggi Sir Clementi Smith mempunyai cita-cita untuk menjadikan TM sebagai negeri yang bersatu dengan cara menggabungkan NMB, NMTB dan NNS.
  • Pengagihan kuasa pusat dianggap sebagai satu langkah berjimat cermat terutama dalam menangani kemelesetan ekonomi dunia pada tahun1930 an
  • Pengembalian balik kuasa beberapa jabatan kepada kerajaan negeri bermakna seluruh tanggung jawab mengenai jabatan itu  termasuk kewangan akan ditanggung oleh kerajaan negeri
  • Sir Cecil Clementi berpendapat pengagihan kuasa sebagai satu cara untuk mendapat sokongan orang Melayu untuk mengimbangi tekanan politik kaum Cina.
  • Sir Semual Wilson (S/U Rendah Tetap Tanah Jajahan) menekankan kerajaan British harus mengekalkan kuasa /pengaruh Sultan serta memastikan kemajuan orang Melayu

Kesimpulan :

  •  Pengagihan kuasa pusat bertujuan menambah kuasa serta pengaruh Sultan dan kaum  Melayu di  NMB
  • Bagaimanapun rancangan tersebut tidak dapat direalisasikan sepenuhnya oleh kerana serangan Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: