Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ciri-ciri Masyarakat Industri Jerman


Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Industri Di Jerman Pada Abad Ke-18 Hingga Ke-19

Pendahuluan :

  • Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
  • Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.
  • Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan kemajuan sistem kewangan.

Isi-isi :

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

Masyarakat Pertanian :

  • Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
  • Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
  • Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.

Masyarakat Perindustrian :

  • pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman
  • Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.
  • Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
  • Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.
  • Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
  • Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.
  • Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
  • Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji.
  • Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.

Kemajuan Sistem Pengangkutan :

  • Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
  • Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.

Perluasan Perdagangan Antarabangsa :

  • pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
  • Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
  • Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
  • Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.

Kemajuan Sistem Kewangan :

  • Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
  • Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
  • Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
  • Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian .
  • Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

Dasar Kerajaan Jerman :

  • Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai
  • tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
  • Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
  • Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
  • Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
  • Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
  • Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.
  • Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .
  • Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman.
  • Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.

Kesimpulan :

  • Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
  • Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,687 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930