Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Dahagi India 1857


REAKSI MASYARAKAT INDIA TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Pengenalan :

Revolusi Perindustrian yang berlaku di England sekitar abad ke-18 telah menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah untuk kilang-kilang mereka dan juga pasaran bagi memasarkan barang keluaran kilang mereka. Faktor inilah yang mendorong kepada penjelajahan oleh warga British sehingga mereka berjaya bertapak di negara seperti India. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka di India tidak disenangi oleh masyarakat India.

Faktor Rasa Tidak Puas Hati Masyarakat India Terhadap Pihak British :

 

Pembaharuan Sosial :

Masyarakat India tidak berpuas hati terhadap pembaharuan dalam sistem sosial. Sebagai contoh :

Penghapuskan Amalan Thugge dan Sutte yang Dianggap Kejam :

  • Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India [Lord William Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian. Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.

Amalan Membunuh Bayi Perempuan :

  • Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan mereka.

Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie :

  •  Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama suami.

Diskriminasi Kaum :

  • Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga [kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris]. Masyarakat India yg berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara turun-temurun.

 

Cara British Menguasai India

British menggunakan pelbagai cara untuk menguasai wilayah India. Antaranya;

  • Melancarkan serangan [untuk menawan wilayah Punjab.
  • Penguatkuasaan “Undang2 Lesap Waris” iaitu sesebuah wilayah akan diserahkan kepada pihak Inggeris sekiranya pemerintah tempatan mangkat tanpa meninggalkan waris.
  • Pihak Inggeris akan menguasai sesebuah wilayah yang dianggap bermasalah atas alasan ingin memastikan ‘pentadbiran lebih baik’

Hal ini menyebabkan pemerintah tempatan tidak berpuas hati kerana mereka telah kehilangan kuasa.

Penghantaran Tentera India Ke Luar Negara :

  • Tindakan ini dianggap mencemarkan imej kasta yg didukung selama ini. Hal ini kerana, kasta mereka akan hilang bila melangkaui sempadan negara India. Masyarakat India yg berkasta tinggi seperti kaum Brahmin dan Rajput tidak berpuas hati kerana kehilangan kasta mereka.
  • Selain itu, timbul khabar bahawa minyak yg digunakan untuk membersihkan senapang Rifle Royal Enfield dan pelurunya disaluti minyak lembu dan minyak khinzir. Orang India menganggap pihak Inggeris menghina agama Hindu dan Islam.
  • Berlaku juga diskriminasi dalam pemberian elaun dan kenaikan pengkat dalam bidang ketenteraan. Semua faktor ini menyebabkan masyarakat India dari pelbagai genap lapisan semakin marah terhadap pihak Inggeris.

Tindak Balas Masyarakat India:

Rasa tidak puas hati masyarakat India diterjemahkan melalui Dahagi India (1857). Sepoi (askar) India bertindak balas dengan;

  • Membunuh pegawai Inggeris
  • Membakar kediaman pegawai Inggeris
  • Mengisytiharkan Bhahadur Shah II ( waris kerajaan Moghul ) sebagai Maharaja Delhi.
  • Menyerang tentera British di Allahabad.

Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan kebangkitan masyarakat India. Mereka mengepung Delhi selama 4 bulan sehingga berjaya menawanya semula. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak.

Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan.

 

Kesimpulan :

Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India. Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris.

One Response

  1. Isaacwong says:

    Please notify me if there is new note

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,953,677 pengunjung

Kalendar 2016

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930