Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Impak Pelayaran Barat


Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan oleh pelayar Barat semenjak abad 15 telah meninggalkan impak yang besar dalam tamadun manusia. Bincangkan.

Pengenalan :

  • Sejarah penerokaan dan penjelajahan oleh orang Portugal
  • Faktor – faktor yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan barat (3 G).

Kesan-kesan Pelayaran :

Memperluaskan Tanah Jajahan :

  • Berjaya memperluaskan kuasa tanah jajahannya di luar Eropah.
  • Di Benua Asia, Portugal telah menubuhkan empayar maritim yang menguasai jalan luar di Lautan Hindi, Asia Tenggara sehingga negeri China.

Perdagangan Di Asia :

  • Didominasikan oleh Portugal melalui satu jalinan pusat kuasa dan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan strategik seperti Socotra, Hormuz, Aden, Goa, Melaka, Moluccas dan Macao
  • Abad 16 muncul sebagai kuasa perdagangan yang dominan – di Asia Tenggara, di Timur Jauh dengan Jepun dan China dan di Eropah.

Perkembangan Agama Kristian Luar Eropah :

  • Penaklukan dan pemerintahan diikuti dengan penyebaran agama kristian terutamanya oleh golongan Francisian.
  • Melalui Gereja Katolik, unsur – unsur kebudayaan Sepanyol diperkenalkan kepada orang-orang tempatan.

Pengaliran Kekayaan Ke Eropah :

  • Berikutan daripada penjelajahan Columbus, orang – orang Sepanyol mulai menduduki beberapa kawasan di Hindia Barat, iaitu Hispaniola dan Cuba dengan bermotif memperolehi tanah untuk pertanian dan emas.
  • Herman Cortes merampas Mexico daripada Aztec – kaya dengan emas dan tanah untuk perladangan.
  • 1531, Pizarro menakluki Peru yang kaya dengan perak.

Perpindahan Pusat Perdagangan Ke Eropah Barat :

  • Pusat perdagangan di Eropah yang dahulunya bertapak di Eropah selatan mulai berpindah ke Eropah Barat, iaitu Lisbon, Bordeix, Liverpool, Bristol dan Amsterdam

Kelahiran Ekonomi Kapitalisme :

  • Kekayaan dari koloni yang mengalir ke Eropahmendorong kelahiran ekonomi kapitalisme
  • Bermula dengan revolusi komersil yang menitik beratkan pasaran eksport, modal persendirian, keuntungan dan penindasan tenaga buruh murah

Kesan Sosial Ke Atas Masyarakat Eropah Dan Koloni :

  • Di Eropah – meningkatkan kadar kos kehidupan – meluaskan lagi jurang perbezaan sosial
  • Di koloni- penularan penyakit baru – kenaikan kadar kematian orang tempatan.

Mempercepatkan Kemerosotan Pengaruh Pedagang Islam :

  • Penguasan perdagangan di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi oleh pedagang Islam telah merosot kesan daripada penerokaan kuasa Eropah terutamanya Portugis.

Perubahan Ekologi :

  • Pengenalan spesies baru flora dan fauna dari Asia dan Eropah diperkenalkan ke Amerika Utara dan Selatan dan sebaliknya, misalnya jagung, tomato, ubi kentang dan ayam.

Asimilasi Antara Penjajah Dengan Penduduk Tempatan :

  • Berlakunya kahwin campur antara penjajah dengan penduduk tempatan contohnya di Amerika Selatan dan Filipina, bahasa sepanyol mempengaruhi penduduk tempatan.

Kesimpulan :

Penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan telah memberi kesan yang besar terutama aspek ekonomi di negara Barat.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,569 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031