Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Konsep Hisbah


Konsep Hisbah :

Dari segi konsep, hisbah memberi makna mencongak, menyemak dan menilai pencapaian diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah diamanahkan. Amalan muhasabah diri untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan, kekurangan , dan kecacatan sifat diri yang dimiliki.

Prinsip-prinsip Hisbah:

Antara prinsip-prinsip hisbah termasuk :

  1. Mengawal, menyemak dan mengemas kini sistem pemerintahan dan pentadbiran supaya dapat dipertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan kepada rakyat.
  2. Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan pengurusan supaya kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.
  3. Mengukur kejayaan pemerintahan dan pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.
  4. Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan kegagalan, merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai kejayaan.
  5. Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan pembetulan dan memastikan permasalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
  6. Menunjau pandangan, pendapat dan komen rakyat terhadap sesuatu dasar atau rancangan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pemerintah atau pemimpin dalam pemerintahan dan pentadbiran.
  7. Menyemak perkembangan serta menikuti perubahan bagi menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.
  8. mencegah dan membendung gejala-gejala buruk,amalan yang tidak sihat dan perbuatan salah laku yang dihadapi dalam menerajui pemerintahan dan pentadbiran.

Kesimpulan :

Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui kepimpinan ummah. Mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan kecekapan pemimpin dalam kepimpinan negara dan keberkesanan pentadbiran dalam pengurusan organisasi kerajaan, Ciri penting pentadbiran dan pengurusan yang menentukan kejayaan, kemajuan dan kecermelangan kepimpinan sesebuah kerajaan agensi atau organisasi. Melalui muhasabah diri pemimpin terhadap kepimpinan segala permasalahan dan kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan pemerintahan dan pentadbiran boleh diatasi dan diperbaiki.

2 Responses

  1. ainul says:

    pelaksanaan al hisbah????

  2. Nabil Hajjam says:

    Terima kasih atas perkongsian Ilmu , sgt bermanfaat Cikgu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: