Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ketenteraan India


Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik.

Pendahuluan :

  • Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur pada zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat keagamaan. Ketenteraan yang cekap mewujudkan empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.

Isi :

Kategori Tentera

  • Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan komisariat ( pegawai perbekalan tentera ).

Komposisi Tentera :

  • Unit asas tentera India ialah Patti. Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai aksauhiri yang terdiri daripada 21,870 Patti.

Bilangan Tentera :

  • Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang besar. Contoh, Raja Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda, 200,000 tentera infantri dan jumlah gajah yang berbeza iaitu sama ada 1000, 4000 atau 6000 ekor gajah.

Struktur Pentadbiran Tentera :

  • Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati. Panglima tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau Pandanayaka.

Perkhidmatan Logistik :

  • Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak dalam tentera.

Teknologi Ketenteraan :

  • Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang, tombak dan lembing

Kubu dan Tembok Pertahanan

  • Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang panjang.

Kesimpulan :

  • Organisasi ketenteraan yang sistematik menyebabkan para pemerintah meluaskan kuasa dan mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam empayar. Ia juga meletakkan asas bagi kelahiran empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.

5 Responses

  1. dejas@baby says:

    sy rsa bnyk faedah melayari laman web ni..jika da msa,,sy mnta anda dpt tambah isi yg k’kurangan..t’utamanya tentang organisasi masyarakat cina pada zaman klasik…

  2. badrul says:

    penggunaan meriam digunakan pertama kali diindia digunakan didalam peperangan panipat. Peperangan tersebut berlaku di antara tentera yang dipimpin oleh Babar (pengasas dinasti mogul) dan tentera dinasti lodi yang dipimpin oleh Ibrahim Lodi. Walaupun mempunyai bilangan tentera yang lebih kecil – 12,000 orang berbanding dengan lebih 100,000 tentera dinasti lodi dengan 1,500 gajah perang, Babar memenangi peperangan ini dengan penggunaan meriam.

  3. farah says:

    ianya sangat ringkas tp bermaklumat…

  4. qasih hazeline says:

    assalamualaikm wbt…ni soalan yg cikgu aza nk aza jwab la…jelaskan perkembangan masyarakat islam di india pada zaman klasik(sebelum penjajahan)…aza x fhm ape kehendak soalan tu laaaaaa…

  5. firdaus says:

    boleh tak explain kat saya peranan dan sumbangan perang dalam tamadun india?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: