Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sulayman Al-Mahri


Bincangkan sumbangan Sulayman al-Mahri dalam bidang kelautan dan geografi.

Pengenalan :

 

Definisi Penjelajahan dan Penerokaan :

 

Penjelajahan :

  • Mengelilingi, menjelajahi atau berjalan ke merata-rata tempat (kamus Dewan 1990).

 

Penerokaan  :

  • Perbuatan, usaha meneroka, mengkaji kawasan baru dengan tujuan utk menyelidik.Umumnya P&P bermaksud usaha untuk mengetahui sesuatu yang baru di luar lingkungan negara penerokan tersebut.

 

Latar belakang pelayaran dan penerokaan Islam :

 

  • Penerokaan dan pelayaran Islam menekankan konsep tiga P, iaitu pembebasan, pengislaman pengintelektualan dengan tujuan menjaga kebajikan dan keadilan sesuai dengan ajaran Islam.

 

Latar belakang Sulayman al Mahri :

 

  • Sulaiman al-Mahri berasal dari Maharan, Hadralmaut (di selatan Arab).Beliau hidup dalam pertengahan awal abad ke-10H / 16M . Beliau ialah pengembara Arab yang terkenal pada awal abad ke-16M. Beliau telah membuat pengembaraan yang insentif ke hampir semua lautan yang terkenal dan telah menulis pengalamannya dalam beberapa risalah pada permulaan abad ke 16.

 

Isi :

 

Sumbangan Dalam Bidang Kelautan dan Geografi

Menjelajah Lautan Di Dunia :

 

  • Laluan pelayaran pertama beliau bermula dari Lautan Hindi melalui Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Arab, Lautan Atlantik dan memasuki Mediterranean melalui selat Gibraltar. Laluan pelayaran kedua bermula dari Lautan Hindi ke Pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung Harapan melalui Lautan Atlantik memasuki Mediterranean hingga Selatan Gibraltar. Laluan ini juga digunakan oleh Vasco da Gama.

 

Ilmu Bintang, Cakerawala dan Takwim :

 

  • Risalah Pertama Qiladat al Shumus fi ‘ilm at tarikh membincangkan tentang pembahagian tahun, bulan, bintang dan matahari. Beliau juga membincangkan tentang taqwim Qibti, Byzantine dan Parsi serta mazhab agama Kristian di Mesir dan Parsi. Terdapat juga perbincangan era sains.

 

Ilmu Astronomi dan Sains Nautikal :

 

  • Risalah Kedua Kitab Tuhfat al Fuhul fi Tamhid al Usul membincangkan tentang cakerawala dan bintang, ilmu pelayaran, pelabuhan, dan angin. Termasuk juga tentang bumi yang berbentuk sfera, serta bintang, cara pelayaran di laut dan seni ilmu pelayaran yangberdasarkan kepada dua faktor iatu pandangan yang baik dan pengalaman.

 

Membincangkan Tentang Garis Lintang Bumi :

 

  • Risalah ini juga memperkatakan tentang kegunaan garis lintang bintang bagi menentukan garis lintang sesebuah pelabuhan. Membincangkan tentang jarak antara beberapa pelabuhan

 

Penemuan Ilmu Kelautan dan Angin :

 

  • Risalah Ketiga Al Umat al Mahriyah fi Dabt al Ulum al Bahriyah membincangkan jarak antara bintang dan Khatuliswa, nama bintang dan laluan laut yang utama di sepanjang pantaibarat di Tanjung Camarin, pantai selatan Arab, barat laut India, malaya, Indo China dan barat China. 

 

Membincangkan Tentang Monsun :

 

  • Beliau juga turut membincangkan tentang angin Monsun di Lautan Hindi dan dua jenis monsun yang melanda secara berlawanan di pantai barat dan timur India, Burma dan Malaya. Turut dijelaskan sepuluh perkara merbahaya yang harus dielakkan oleh para pelayar.

 

Penemuan Pulau-pulau dan Tanah Pantai.

 

  • Risalah Keempat ialah Kitab al Minhaj al Fakhir fi Ilmi al Bahr al Zakhir menceritakan tentang jalan laluan laut di pantai Arab, Makran, Sind, Gujerat, Afrika Timur, Bengal, Siam, Mala, Melaka, Indo-China dan lain-lain. Juga membincangkan tentang latitud yang dialami dalam pelayaran. 

 

Memperkatakan Tentang Tanah dan Pulau :

 

  • Beliau turut penulis tentang pulau-pulau besar dan luas seperti Madagascar, Maldives, Ceylon, Jawa, Sumatera, Borneo dan Celebes. Beliau juga menulis tentang pendaratan dan penemuan di barat India, pantai Arab dan timur Afrika.

Bentuk Muka Bumi :

  • Risalah Kelima Kitab Sharh Tuhfat al Fuhul fi Tahhid al Usul menceritakan tentang langit berbentuk sfera, bintang-bintang, jalan laluan laut, tinggi muka bumi dari paras laut, bintang serta pergerakan angin.

 

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,572 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031