Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Faktor Perkembangan Perindustrian Kedua Jerman


Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian kedua di Jerman

Pendahuluan :

  • Revolusi perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman dan ciri utama revolusi perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan, sumber, dan bentuk .
  •  Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia, petroleum, dan logam ringan. Keluaran sampingan seperti kereta, radio, kapal terbang, dan kain tiruan juga dihasilkan. Pada abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang batu dan besi.

Isi-isi Penting :

Penyatuan Jerman

  • Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
  • Penyatuan ini telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan perundangan.

Kemajuan Pertanian

  • Kemajuan dalam bidang pertanian meletak asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas itu,sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan perkembangan dengan pesat. Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya mengenai teknologi pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluar hasil pertanian.
  • Terdapat lebih 2000 buah sekolah pertanian diseluruh Jerman. Sekolah pertanian dan universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.

Kemajuan Dalam Penyelidikan

  • Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman dan makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu.
  • Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19

Penubuhan Koperasi

  • Institusi koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Institusi ini memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian ini.
  • Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit diseluruh Jerman. Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

Penghapusan Sistem Guild

  • Salah satu faktor yang mendorong perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan sistem guild. Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun.
  • Pengalam dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri dalam perindustrian. Sistem ini menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1811, kerajan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild melalui peraturan 1811.

Penghijrahan Penduduk Ke Bandar

  • Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian. Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 000 orang.
  • Bandar perusahaan muncul di kawasan ruhr, saxony, silesia, dan berlin.

Kekayaan Bahan Mentah.

  • Perkembangan sektor perindustrian di Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentah dan sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi, dan bijih timah. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah lembah ruhr, lorainne, dan silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.
  • Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah.

Kemajuan Industri Perkapalan.

  • Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan. Industri perkapalan Jerman di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby.
  • Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman. Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barang yang diangkut turut meningkat.

Kesimpulan :

  • Terdapat tiga ciri utama revolusi perindustrian yang tercetus di Jerman iaitu kemajuan teknologi, pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan kewangan.
  • Revolusi perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Faktor perkembangan revolusi perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,561 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031