Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Intelektual Zaman Graeco-Roman


Jelaskan Suasana yang Mencetuskan Perkembangan dan Peningkatan Kegiatan  Intelektual Dalam Sejarah Tamadun Manusia Pada Zaman  Graeco-Roman.

Pendahuluan :

  • Perkembangan intelektual pada zaman Graeco-Roman mempunyai perkaitan yang erat dengan peranan yang dimainkan oleh Iskandar Zulkarnain. Baginda menubuhkan empayar Macedonia setelah negeri Yunani mula menunjukkan kemerosotannya.
  • Perkembangan zaman Graeco-Roman ini muncul setelah kematian Iskandar Zulkarnain dan tamatnya penubuhan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Yunani, Macedonia dan di luar Yunani.
  • Pada tahap ini, wujud perbezaan yang nyata antara perkembangan intelektual di zaman tamadun Yunani dengan Graeco-Roman. Antaranya adalah perkembangan intelektual mula menunjukkan perkembangan ke luar kawasan Yunani. Zaman Graeco-Roman juga dikenali sebagai zaman Hellenistik.

Isi Penting :

Perkembangan Kegiatan Intelektual Zaman Graeco-Roman :

Asas Kemakmuran yang Dikembangkan Oleh Iskandar Zulkarnain :

  • Iskandar Zulkarnain telah berjaya menakluk negeri-negeri di kawasan Timur di bawah kekuasaannya dengan menjadi Macedonia sebagai pusat pemerintahan.
  • Perkembangan ini turut membawa kepada usaha memperkukuhkan empayarnya dengan mengembangkan peranan-peranan kota Yunani di empayar beliau.
  • Pada tahun 332 S. M. bandar Alexandria telah menjadi pusat kepada penyebaran budaya Helenistik.
  • Sehubungan itu selepas kemangkatan Iskandar Zulkarnain, tiga orang raja yang memerintah di tiga kerajaan berlaian turut menjalankan dasar mengembangkan tamadun meliputi ekonomi, sistem tanah dan kebudayaan.

Wujudnya Institusi Pendidikan :

  • Intelektual telah dikembangkan melalui penubuhan sekolah Stoic yang telah diasaskan Zeno dan Sekolah Epicurean  oleh Epicurus.
  • Penekananya terhadap pendidikan berteraskan kepada pengetahuan.
  • Sehubungan itu telah mewujudkan perkembangan sistem pendidikan dan institusi di luar  Greek seperti Antioch, Rhodes dan Pergamum.
  • Bandar Alexandria kemudiannya muncul sebagai pusat pendidikan yang unggul pada zaman ini.

Peranan Bandar Alexandria :

  • Bandar Alexandria bukan sahaja berperanan sebagai pusat pendidikan yang kemudiannya mengembangkan intelektual di Graeco-Roman tetapi bandar ini juga disediakan dengan kemudahan sumber rujukan.
  • Penubuhan perpustakaan diasaskan oleh Ptolemy Soter. Perpustakaan ini dianggar menyimpan sebanyak 200 000 manuskrip dan kemudiannya bertambah sekitar 700 000 manuskrip di abad 5 S. M.
  • Penubuhan Muzium  di Alexandria oleh Ptolemy Philladelphia turut memainkan peranan dalam mengembangkan intelektual di zaman ini.
  • Muzium ini menjadi tempat perbincangan dan perbahasan di kalangan ahli akademik.
  • Perkembangan ditunjang pula dengan pembiayaan penyelidikan oleh pembesar tempatan melalui perrbelanjaan diraja.

Galakan Daripada Pemerintah :

  • Alexandria sendiri menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan mengumpul pelbagai spesimen yang ditemui semasa melakukan ekspedisi ketenteraan ke Timur.
  • Galakan baginda juga telah memberi peluang masyarakatnya berinteraksi dari segi ilmu dengan kawasan di Timur Tengah.
  • Membawa kepada perkembangan ilmu sains. Antara tokoh yang terkenal seperti Aristarchus dalam astronomi dan Euclid dalam bidang matematik.
  • Muncul juga tokoh geografi seperti Eratosthenes yang juga memperkenal garis longitud dan latitud.

Perkembangan Pemikiran Falsafah :

  • Perkara yang amat penting dalam perkembangan intelektual di zaman ini adalah kemunculan aliran sekolah falsafah.
  • Falsafah di zaman ini menekankan tentang pemisahan antara akhlak, moral dengan politik.
  • Antara yang terkenal adalah sekolah Cynicism yang menekankan kepada persamaan individu atau dalam erti kata lainnya individu itu sendiri yang bertanggunjawab untuk mencapai kebahagiaan.
  • Aliran sekolah Stoicism menekan kepada sopan santun dalam kehidupan dan pengetahuan serta kebenaran hanya diperoleh melalui pancaindera.
  • Aliran sekolah Epicureanism menekan kepada matlamat kehidupan melalui proses kebahagiaan.

Kesimpulan :

Perkembangan intelektual dalam zaman Graeco-Roman telah diasaskan oleh kemakmuran sebelumnya. Kemakmuran dan dasar pendidikan turut menyumbangkan ke  arah intelektual di zaman ini. Galakan pemerintahnya sehingga mengembangkan perpustakaan serta membawa perkembangan intelektual dalam sains, astronomi, matematik dan geografi. Bahkan yang lebih penting perkembangan ini diwarisi oleh pemerintah selepasnya.

 

3 Responses

  1. iera says:

    salam,cikgu oleh tak bagi nota institusi pendidikan graeco-rom?…

  2. iera says:

    salam,cikgu boleh tak bagi nota institusi pendidikan graeco-rom?…tq

  3. Soren Kierkegaard says:

    1. Pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana pertembungan antara agama, falsafah dan sains yang lama dan baru dapat membentuk asas berlakunya jual beli baru dalam ”pandangan hidup”. Kebanyakan ”ilmu pengetahuan baru” ini sebenarnya apungan atau gelandangan daripada pemikiran atau ilmu lama. Sebahagian daripada akarnya berasal daripada Yunani.

    2. Seperti yang telah kita lihat, falsafah Yunani terus berhadapan dengan masalah yang dibangkitkan oleh Socrates, Plato dan Aristotles. Ciri yang sama, yang ada pada mereka bertiga, ialah – keinginan untuk mengkaji manusia, contoh: bagaimana seharusnya manusia hidup? What is virtue? Apa itu baik? What is pleasure? Apa itu kebahagiaan/ keseronokan? Bagaimana manusia sepatutnya hidup?

    3. Ketiga2 ahli falsafah yang agung tersebut memberikan tumpuan pada soal etika. Dalam tamadun baru itu, soal ini menjadi projek pertama falsafah. Hal yang diutamakan ialah :

    –>mencari apakah kebahagiaan yang sebenarnya dan bagaimanakan kebahagiaan ini dapat dicapai?

    4. Sebab itu lahirnya 4 aliran falsafah ini, iaitu :
    a)golongan Cynic
    b)golongan Stoik
    c)golongan Epicurus
    d)golongan Neoplatonism

    5. a)Cynic
    -Golongan Cynic ditubuhkan oleh Antisthenes di Athens sekitar 400 S.M. Antisthenes pernah menjadi murid Socrates, dan dia sangat tertarik dengan kefakiran hidup (zuhud) Socrates. Golongan Cynic menegaskan bahawa kebahagiaan yang sebenarnya bukan kemewahan hidup, kesihatan, kuasa politik atau kebendaan, tetapi kebahagiaan kita terletak pada ketidak bergantungan kita kepada benda yang tidak kekal itu.

    -Dan oleh sebab kebahagiaan tidak bergantung kepada manfaat kebendaan seperti itu, maka kebahagiaan dapat dicapai oleh semua orang. Ahli Cynic yang terkenal adalah Diogenes.Golongan Cynic percaya bahawa orang tidak perlu bersusah susah tentang kesihatan mereka. malah, penderitaan dan kematian pun tidak mampu mengganggu orang Cynic. Dan dia juga tidak perlu berasa sedih kerana memikirkan kebahagiaan orang lain.

    -hari ini, istilah ”Cynic” dan ”sinisisme” (cynicism) dikaitkan dengan perasaan tidak percaya atau menyindir ketulusan manusia, dan istilah ini membawa maksud, tidak peka atau sensitif dlm penderitaan orang lain.

    b)Golongan Stoika.
    -golongan ”Sinis” mempengaruhi perkembangan falsafah Stoika (Stoics), yang berkembang di Athens pada 300 S.M. Perintis aliran ini ialah Zeno. Fahaman Stoic cukup mempengaruhi budaya Romawi. Seperti Heraclitus (seorang ahli falsafah alamiah sebelum zaman ”pre-socrates” – iaitu hidup sebelum Socrates), golongan Stoika percaya bahawa setiap orang merupakan bahagian daripada akal (common sense) yang sama / ”logos” (dlm bhs Yunani).

    -Mereka percaya bahawa setiap manusia dalah seperti dunia dalam bentuk ”makrokosmos”. Kepercayaan ini menimbulkan pemikiran tentang wujudnya kebenaran yang sejagat, iaitu hukum alamiah. cth : kebenaran itu benar, merentasi masa. benar adalah bersifat sejagat. benar adalah bersifat trancendental. benar adalah yang mutlak.

    c) golongan Epicurus
    -seperti yang telah diketahui, scrates tertarik dengan soal bagaimana manusia dapat menjalani kehidupan yang baik.golongan Cynic dan golongan Stoik mentafsirkan falsafah socrates sebagai bermaksud bahawa manusia hendaklah membebaskan diri daripada kemewahan material.Socrates mempunyai seorang murid, bernama Aristippus – dia percaya bahawa tujuan hidup adalah untuk mencapai keseronokan hidup deria (berdasarkan kehendak jasmani). Dia berkata :

    ”kebaikan hidup yg paling tinggi adalah keseronokan. kejahatan yang paling besar adalah sakit.”

    -jadi, aristippus cuba membentuk suatu cara hidup yang matlamatnya semata2 utk menghindari kesakitan dlm apa jua bentuknya. Sekitar 300 S.M. Epicurus (341-270), menubuhkan sebuah sekolah falsafah di Athens. Para pengikutnya disebut sebagai Epikurus (Epicurean), Dia mengembangkan etika keseronokan (pleasure ethics).

    -selepas kematian Epicurus, ramai pengikutnya yang berusaha mengembangkan cara hidup yang terlalu mementingkan keseronokan diri Cogan kata mereka ialah ”Hidup untuk ketika ini!” . Pada hari ini, perkataan Epicurean digunakan dgn maksud negatif utk menyifatkan orang yg hidup semata2 utk berseronok.

    d) golongan neoplatonism
    -3 aliran falsafah di atas, semuanya mengikut ajaran Socrates. tetapi, Neoplatonism pula adalah pengikut ajaran falsafah plato. Plato anak murid Soc. orang yang paling penting mengembangkan falsafah ini adalah Plotinus. dia mempelajari ilmu falsafah di Iskandariah dan kemudian menetap di Mesir.

    -seperti plato, penganut neoplatonism percaya :
    a)roh itu abadi
    b)dunia ini terdiri daripada Yang Satu. (Tuhan). dunia ini semuanya adalah Satu.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,663 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031