Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kongsi Ilmu 1


ADAB-ADAB MESYUARAT DALAM ISLAM

Fadhilat Mesyuarat :

  • Berkat mesyuarat menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan akan mempercepatkan turunnya rahmat Allah taala.
  • Melalui mesyuarat kita akan mendapat berkat wahyu.
  • Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan.
  • Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.
  • Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal denganya, Allah Subhanahu wataala akan menghantar malaikat untuk menyertainya.

Adab-adab Mesyuarat :

  • Lantik seorang Amir untuk mengendalikan mesyuarat.
  • Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
  • Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
  • Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.
  • Apabila Amir meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
  • Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Amir dan ahli jemaah untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.
  • Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.
  • Berilah syor dengan meletakkan kepentingan ugama di depan dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.
  • Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain.
  • Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.
  • Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur (ucapkan alhamdulilah) dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.
  • Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.
  • Jangan menganggap Syor diberi sebagai syor saya tetapi menganggap keputusan sebagai keputusan kita
  • Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada Amir berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.
  • Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minoriti tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.
  • Amir hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.
  • Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah
  • Seorang amir janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.
  • Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Amir dan mentaati setiap keputusan yang Amir buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama.
  • Kalau seseorang merasakan bahawa syorlah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Amir sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Amirlah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.
  • Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.

Filed under: Mesti Baca

Ujian Selaras 1 (Sejarah 940/1) Negeri Melaka 2010


Sila klik untuk dapatkan Soalan & Jawapan  Ujian Selaras 1 (Sejarah 940/1) Negeri Melaka 2010…

Ujian Selaras 1 (Sejarah 940/1) Negeri Melaka 2010

Filed under: Bank Soalan

Pelajar Cemerlang Sejarah


CikguJumali mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Sejarah PPU SMKST yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM 2009 …. Cikgu amat berbangga dengan anda…   Senarai nama pelajar Sejarah PPU yang layak ke IPTA ….

 

CikguJumali…

 

Filed under: Mesti Baca

Nota Sejarah Penggal 1,2 dan 3 :

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,648 pengunjung

Kalendar 2016

March 2010
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031