Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Faktor Nasionalisme Di Mesir


Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di mesir abad ke-20M

Pendahuluan

  • Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah,namun pengaruh British di mesir sangat kuat.
  • British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya perang dunia pertama. selepas itu,pihak british mula melonggarkan sedikit cengkamannya ke atas pentadbiran dalam negeri mesir,namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka di mesir.
  • Dengan melantik seorang konsul jeneral,iaitu Lord Cromer,british seolah-olah memerintah mesir pada ketika itu. Jentera pentadbiran tradisional di bawah kepimpinan Khedif,iaitu wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah,namun pemerintah mesir hanyalah seperti boneka untuk mengawal penduduk tempatan sahaja.
  • Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas sehinggakan membawa kepada semangat anti-british dan pengaruh kuasa asing.

Isi-isi penting

Pengaruh agama

  • Melihatkan cara british di mesir yang cuba untuk membaratkan masyarakat mesir serta menjauhkan agama islam daripada tertegak di mesir,muncul golongan rerformis islam menentang pihak british.pergerakan ini dinamakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh sheikh Hassan al-Banna.
  • Sebagai sebuah pergerakan islam,Ikhwanul Muslimin cuba menegakkan kembali islam di mesir berlandaskan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w dan menolak modenisme yang berbentuk sekular yang telah meresap masuk dalam masyarakat mesir ketika itu.
  • Gerakan ikhwanul muslimin menggunakan pengaruh agama dengan menyedarkan umat islam mesir untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan syirik,khurafat dan sebagainya serta berbalik kepada islam.
  • Ikhwanul muslimin semakin bimbang apabila wujud golongan cerdik pandai islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran barat.
  • Antaranya termasuklah syaikh ali abdul raziq yang menulis buku berjudul islam dan dasar-dasar pemerintahan.beliau menyokong tindakan Mustafa kamal Ataturk kerana memisahkan antara agama dengan politik.
  • Ali menegaskan bahawa islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan Negara bahkan adanya khalifah islam itu akan membawa bencana kepada umatnya.

Peranan bahasa dan kesusasteraan

  • Boutros ghali seorang berbangsa Qibti iaitu penduduk asal mesir yang memegang jawatan sebagai hakim telah dibunuh pada tahun 1910 selepas menandatangani perjanjian pemerintahan bersama sudan.
  • Pembunuhan beliau berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak parlimen mesir bagi memberikan konsesi terusan suez yang lebih kepada pihak british.
  • Kematian beliau diabadikan oleh penyajak ahmad shawqi dan hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-muayyaddan al-liwa.sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
  • Golongan modenis islam yang dipelopori oleh rasyid rida sangat lantang memperjuangkan bahasa arab mesir dan mereka meminta agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa inggeris dan bahasa perancis.dengan cara ini ,dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit demi sedikit.

Pengaruh kewartawanan

  • Surat khabar ataupun bidang kewartawanan turut meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk mesir yang rata-rata beragama islam ketika itu.
  • Penulisan rasyid rida melalui akhbar salafiya banyak membuka minda rakyat mesir pada waktu itu.rasyid rida merupakan orang kanan kepada Muhammad abduh,dan penulisannya banyak menyentuh soal modenisasi islam.
  • Rasyid rida menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan menyalahkan dan menganggap penjajah yang membuatkan umat islam mundur.beliau dan pendukung modenisasi islam cuba menegakkan warisan dan keperibadian arab terutamanya bahasa arab mesir iaitu lanjah misriyah.
  • Penulis wanita juga giat memperjuangkan hak mereka seperti malak hifni nasif yang menggunakan nama pena bahithat al-badiya.beliau membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka dalam penulisannya dan mesejnya sampai kepada masyarakat terutama golongan intelektual.

Peranan pendidikan

  • British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di mesir walaupun mereka mampu membiayainya.hal ini memberi kesan kepada golongan muslim di mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka.lebih teruk lagi,kesemua jawatan kerajaan diisi oleh golongan berpendidikan yang berasal daripada keluarga berada.
  • Titik perubahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai dari Britain yang kurang berkelayakan daripada diberikan kepada penduduk tempatan,dan gaji yang diberikan adalah tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan.
  • Pada tahun 1908,rakyat mesir dipimpin oleh menteri pendidikan dan beberapa tokoh nasionalis terkenal cuba menubuhkan sebuah university swasta mereka sendiri.selepas melihat usaha mereka ini,barulah kerajaan mula mengambil berat tentang penubuhan universiti ini.
  • Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan nasionalisme di mesir terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang.ramai daripada bijak pandai berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang.
  • Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa tempoh pembelajaran mereka.selain itu,mereka juga disuntik sikap anti-british melalui guru-guru mereka yang berbangsa perancis.
  • Guru-guru ini merupakan saki-baki daripada pendidik perancis yang masih berkhidmat di mesir,dan mereka masih berdendam dengan british yang berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas mesir dari perancis.

Peranan golongan intelektual

  • Golongan intelektual dalam meniup semangat nasionalis menentang kuasa barat di mesir terbahagi kepada dua,iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan barat.
  • Antara tokoh intelektual yang muncul dari bidang undang-undang ialah Mustafa kamil dan mohammed farid.mustafa kamil cukup terkenal dalam kalangan masyarakat mesir kerana sikapnya yang keras dalam menentang british.
  • Beliau menyokong nasionalisme sekular  seperti yang berlaku di dunia barat,dan cuba meraih sokongan daripada golongan intelektual daripada keturunan qibti.cita-cita Mustafa kamil adalah untuk merebut kemerdekaan daripada british dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-barat.
  • Sheikh Hassan al-banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk bangkit menetang british melalui penubuhan ikhwanul muslimin.pertubuhan ini merupakan sebuah organisasi yang teratur dan mempunyai cawangan di seluruh mesir.
  • Melalui ikhwanul muslimin,sheikh Hassan al-banna melaksanakan program-program keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di mesir dengan tujuan untuk membina sebuah kerajaan islam.
  • Golongan intelektual daripada kalangan pegawai tentera mesir memberikan sumbangan yang cukup besar dalam gerakan nasionalisme mesir.ini terbukti apabila golongan pegawai-pegawai tentera berketurunan Fellahin bangkit menetang british dan pemerintahan khedif dari empayar Turki Uthmaniyah yang suda korup.

Pengaruh luar

  • Pengaruh luar paling besar yang berjaya membuatkan penduduk mesir bangkit melawan kuasa asing ialah perang dunia pertama.
  • Para petani di mesir dikerah secara paksa oleh british untuk meninggalkan ladang-ladang mereka dan menyertai perang dunia pertama dengan membantu pertubuhan palang merah dan menjadi kuli kepada tentera british di palestin,Gallipoli serta perancis.
  • Banyak nyawa rakyat mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka pinta ini.

Kesimpulan :

  • Gabungan faktor-faktor yang dibincangkan tadi menimbulkan gerakan nasionalisme di mesir pada abad ke-20m.
  • Bagaimanapun faktor pengaruh agama,peranan golongan intelektual,dan peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di negara sungai Nil.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,561 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031