Weblog Cikgu Jumali

Untuk Pelajar Sejarah STPM Penggal 1, 2 dan 3 mencari maklumat berkaitan….

Perdagangan Di Pelabuhan Melaka


Bincangkan cara pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka sebelum kehadiran kuasa Barat.   

Pengenalan :

Perdagangan bebas membawa maksud syarat tidak mengenakan duti kastam atau duti-duti lain ke atas import barangan dari negara lain. Teori perdagangan ini menunjukkan bahawa perdagangan akan membawa faedah jika ia tidak tertakluk kepada sekatan seperti tarif, kuota dan sebagainya. Dalam kes Melaka perdagangannya  berkembang pesat atas inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan pentadbiran yang cekap, matawang yang stabil, kewujudan undang-undang yang adil, pengenalan sistem timbang dan ukuran yang seragam.

B.        Isi :

  1. Pemerintah Melaka memperkenalkan peraturan dan tatertib berniaga serta sistem yang tetap untuk melicinkan urus niaga di pelabuhan.
  2. Para pedagang dikenakan cukai yang adil. Pedagang tempatan dicukai sebanyak 3% dan pedagang asing sebanyak  6%. Pedagangan China dikecualikan cukai tetatpi mereka perlu memberikan hadiah. Sistem Cukai berkeutamaan.
  3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka. Pemerintah Melaka juga menyediakan gudang untuk pedagang menyimpan barang dagangan mereka. Gudang-gudang ini dikelilingi oleh pagar dan pintu serta dikawal oleh penjaga. Membaiki perahu, tempat tinggal dan lain-lain
  4. Laksamana  dan Temenggong bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan di perairan Melaka.
  5. Terdapat juga sistem undang-undang yang bertujuan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman di Melaka. Sistem undang-undang menggalakkan para pedagang mengunjungi Melaka. Dua teks undang-undang utama di Melaka adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
  6. Matawang logam yang dibuat daripada calains digunakan dalam urusniaga.
  7. Di Melaka juga terdapat sistem ukuran dan timbangan yang standard. Timbangan diukur dengan unit kati dan tahil.
  8. Menyediakan surat izin atau kebenaran untuk masuk ke pelabuhan Melaka.
  9. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perdagangan bagi pihak pembesar.

Kesimpulan :

Amat jelas sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, Melaka telah mengamalkan budaya perdagangan bebas. Pelabuhannya yang  mengenakan cukai yang adil, kewujdan pelbagai kemudahan bagi pedagang, sistem pentadbiran yang cekap, pengenalan  mata wang dan ukuran adalah bukti kewujudan budaya perdagangan bebas.

 

3 Responses

  1. sho says:

    thx a lot cikgu…info ni byk membantu lam subjek stpm saya…smuga allah murahkan rezeki

  2. Sweetha Nair says:

    thanks for the notes….really effective

  3. melaka mempunyai pelabuhan apa cikgu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: