Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Raja Louis XIV


Raja Louis XIV (1643-1715) melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis dengan mengukuhkan dasar dalam negara semasa pemerintahannnya.Bincangkan.

Pengenalan :

Raja Louis XIV ditabal sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643. Memerintah selama 72tahun dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan pemerintahan monarki iaitu menjalankan dasar dalam negara untuk mengukuhkan pemerintahan monarki.

Isi-isi :

Dasar Dalam Negara :

  • Raja Louis XIV menjalankan dasar pentadbiran yang membawa keamanan Perancis dengan memperkenalkan pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran. Antara lainnya , baginda memperkenalkan 4 majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara berperanan menguruskan hal ehwal luar negara. Majlis Despatches mengurus semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan mengurus hal percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara dan Majlis Privy berperanan dalam menguruskan bidang pentadbiran keadilan.
  • Baginda juga mengukuhkan pengurusan pentadbiran dengan melantik menteri berkebolehan seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai menteri Penerangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraaan. Selain itu baginda menggunakan khidmat pegawai berkebolehan bagi mengukuhkan kuasa di provinsi bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi
    Dasar Ekonomi
  • Raja Louis XIV telah melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk mengukuhkan
    kedudukan negaranya. Baginda memperkenalkan dan memulakan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengawal harga barang serta berusaha membina gudang senjata di Toulan. Malah baginda juga mengadakan perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar untuk menggalakan perdagangan antarabangsa dan meningkatkan perdagangan Perancis. Selain itu baginda menggunakan pelbagai sekatan untuk meningkatkan industri tempatan contohnya, mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada barangan asing serta cukai yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis. Baginda memberi bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.

Dasar Ketenteraan :

  • Raja Louis XIV juga mengukuhkan kuasa monarki dengan menjalankan dasar ketenteraan. Antara lainnya baginda melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan seperti langkah menghapus dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan, meletakkan tentera dalam kawalan baginda dan melantik pegawai-pegawai tentera berasaskan merit. Untuk menarik kesetiaan golongan tentera baginda menambahbaik ketenteraan dengan merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah

Dasar Agama :

  • Dasar lain yang diamalkan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan kekuasaan monarki adalah memaksa golongan Huguenot menerima agama Katolik. Baginda telah membatalkan Edict of Nantes yang memberi kebebasan beragama kepada golongan Huguenot pada 1685. Hal ini menyebabkan seramai 200 ribu orang orang Huguenotmeninggalkan Perancis

Dasar Luar :

  • Melalui dasar luar Raja Louis IXV melakukan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan wilayah Perancis hingga ke perbatasan Sungai Rhine. Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman, Belguim dan Belanda

Kesimpulan :

  • Raja Louis XIV mengukuhkan pemerintahan monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam negara tetapi melalui dasar lain seperti dasar ekonomi, dasar ketenteraan dan dasar agama.Semua dasar yang dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem tersebut. Kesannya Perancis muncul sebagai negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: