Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Dasar Pendidikan China


Huraikan dasar dan sistem pendidikan dalam tamadun China

Pengenalan :

  • Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain. Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia mengumpulkan segala pengalaman yang diperolehi dalam kehidupan mereka dan selanjutnya menyampaikan pengalaman itu kepada generasi baru.
  • Proses pendidikan bermula serentak sejak kelahiran dan berterusan sehingga akhir hayat. International Dictionary of Education pendidikan ialah suatu proses yang membentuk ability dan sikap manusia. Plato – Pendidikan sebagai sesuatu yang memberikan keindahan dan kesempurnaan kepada jasmani dan rohani.

Isi :

Dasar pendidikan di China :

  • Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.
  •  Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan Chin Shih, setaraf dengan  doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini.
  • Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.
  •  Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan  awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.
  • Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama  di Bandar . Diadakan  dua kali dalam tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.
  • Peperiksaan peringkat kedua  di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin Shih. Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
  • Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi diberi gelaran Chuang Yuan.
  • Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerjaan , ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
  •  Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan penasihat dan penyunting., kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja, ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan berkedudukan tinggi dalam negara.

Institusi Pendidikan China :

 

  • Sekolah peringkat rendah  – diadakan di rumah guru, rumah penai\ung yang kaya, di rumah pagoda lama, rumah berhala atau pondok . Di bilik darjah terdapat meja dan kerusi untuk guru dan tempat pemujaan Confucius di sudut bilik darjah. Pelajar lelaki membawa kerusi, buku kertas, pensel  dan dakwat sendiri. Pelajar berusia tujuh tahun ,berpakaian rasmi  dan topi.  Harus menyembah gambar Confucius sebelum beri penghormatan kepada guru. Sekolah dari pagi hingga petang dan dibuka sepanjang tahun.
  •  Sekolah menengah atau sekolah tinggi : tajaan kerajaan, naungan persendirian atau dengan pembiyaan oleh golongan kaya dan pegawai-pegawai awam.

Peperiksaan Awam :

Menyediakan pelajar untuk peperiksaan kerajaan , mereka yang lulus akan mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerjaaan.                     

Contoh :

  1. Maharaja Wu Ti ( Dinasti Han ) : Diri sekolah tinggi di ibu kota dan galak penubuhan sekolah di provinsi dan daerah.
  2. Maharaja Yan Kuan ( dinasti Sui ) : Galak penubuhan sekolah dan perpustakaan imperial. Dinasti Sung : Sistem persekolahan berkembang daru ibu kota ke semua bahagian pentadbiran  imperial.
  3. Dinaasti Ming : Kolej bagi belia dan universiti Kebangsaan di pusat dan sekolah awam di setiap wilayah, jabatan  daerah dan kampung.
  4. Dinasti Tang : Galak penubuhan sekolah kerajaan, wujud sebuah sekolah awam di setiap wilayah, daerah dan kampung. Maharaja Hsuan Tsung menubuhkan akademik Han Lin.
  5. Percetakan diperkenalkan buat pertama kali.

Dinasti Chou : Dua jenis sekolah, Pertama kolej yang terdapat di ibu kota kerajaan diraja dan di daerah-daerah bangsawan. Kedua  sekolah yang berselerak di  kampung kecil, kampung dan derah.

  1. Mereka yang lulus ijazah kedoktoran boleh mengambil peperiksaan keempat . Lulus menjadi ahli seumur hidup dalam Imperial Academy.
  2. Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan, calon dikunci sepanjang  waktu peperiksaan dijalankan .

Kesimpulan :

Apa sahaja yang berkaitan.

 

3 Responses

  1. diana salini says:

    salam cg tq utl info ni…cayunk ar cikgu..huhu..wassalam wbt

  2. andre says:

    saya sangat kagum

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,571 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031