Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Perbezaan Antara Adat Perpatih Dengan Adat Temenggung


Bincangkan Perbezaan Antara Adat Perpatih Dengan Adat Temenggung Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Melayu Pada Abad Ke 19.

Pendahuluan :

  • Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).
  • Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka.
  • Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat.
  • Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.

Isi-isi :

Perbezaan antara Adat Perpatih danAdat Temenggung

Bersifat Matriachal/Patriachal :

Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat

  • Kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta
  • Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu
  • Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.

Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga

  • Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta
  • Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.
  • Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

Perkahwinan :

Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda

  • bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
  • tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.

Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.

Taraf perkahwinan :

  • Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara.
  • Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.

Pentadbiran :

Adat Perpatih bersifat demokrasi :

  • kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.
  • Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
  • Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.

Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak) :

  • hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.
  • pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.
  • sultan melantik pembesar
  • pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung
  • sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara
  • anak lelaki sultan adalah pewaris takhta
  • sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta

Perundangan :

Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat

  • kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
  • ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
  • Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh

Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas

  • hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.
  • Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.

Pembahagian Harta :

Dalam Adat Perpatih Harta Milik Keluarga :

  • Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.
  • Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
  • Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.
  • Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta kekal di tangan isteri.
  • Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.

Manakala Adat Temenggung Harta Milik Individu:

  • Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .
  • Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
  • Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.

Kesimpulan :

  • Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi peraturan, berdisiplin, menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.
  • Kedua-duanya merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.
  • Selepas kedatangan British, berlaku perubahan dalam amalan adat masyarakat tempatan.

5 Responses

  1. rahaizad says:

    maafkan saya, adat pepatih dosa ke kalau diamalkan? lain dari dalil Al-Quran

    • Tanya Khidir says:

      Adat pepatih sebenarnya menjunjung SUNNAH RASULALLAH SAW yang terputus NASAB atau PATRILINIEL, tapi disambung dengan jurai IBU atau MATRILINEAL.

      Dalam konteks ini adalah tidak wajar sama sekali mencampur adukkan antara SAKA dan BAKA atau antara KETURUNAN dan SALASILAH KELUARGA atau antara NASAB dan AHLUL-BAIT.

      NASAB itu NASAB ia berdiri dengan sendirinya. AHLUL-BAIT itu AHLUL-BAIT juga berdiri dengan sendirinya.

      Dalam Surah Al Ahzaab AHLUL-BAIT MERUJUK PADA ISTERI-ISTERI NABI. Manakala dalam kisah Al Kisha’ Ahlul-Bait merujuk pada AHLI RUMAH bermula dari Rasulallah SAW, Fatimah Az Zaharah, Syidina Ali, Hassan dan Hussein RA.

      Hassan dan Hussein RA dikategorikan sebagai Putera Ahlul-Bait, dimana taraf Putera Ahlul-Bait akan terputus dengan sendirinya pada keturunan berikutnya.

      Mari kita renungkan apabila dibacakan talkin pada Hassan atau Hussein RA “Wahai Hassan BIN Fatimah…” siapa Fatimah? Tentulah puteri Nabi, begitu juga dengan anak-anak Ummu Kalthum dan Zainab, tentulah kedua duanya cucu Nabi, begitulah seterusnya JURAI IBU keturunan Nabi hingga ke hari ini…PASTINYA MENJURAI PADA NABI. Ini mustahil berlaku pada anak anak Hassan atau Hussein, sebab isteri Hasan atau Hussein RA bukan dari keturunan Nabi, dari keturunan orang lain. Katakan anak Hassan bernama Osman dan isteri Hassan bernama Luna “Wahai Osman BIN Luna…” siapa Luna? Tentunya bukan anak atau cucu Nabi.

      Sebagaimana sabta Nabi supaya menjaga wanita kamu. Taatilah IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU. Satu anak perempuan itu bagus, dua lagi bagus dan tiga ke atas lebih bagus. Sandaran Syurga di bawah tapak kaki IBU.

      Imam Mahadi akan lahir dari JURAI IBU KETURUNAN NABI dan akan diiringi oleh 313 pemuda dari salasilah KELUARGA atau BANI TAMIM. Serta dituruti oleh PUTERA YG CUMA BERIBU Isa Al Maseh AS.

      Nasab ayah cuma ditahap ke empat selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU…Umpama menabur benih sahaja.

      UTAMAKAN LAH IBU, KAKAK dan ADIK PEREMPUAN KAMU.

  2. google account says:

    SAKA itu daturunkan oleh IBU. BAKA disalasilahkan oleh AYAH. Jurai ibu menyambung KETURUNAN. Jurai ayah menyambung NASAB atau SALASILAH KELUARGA. Jika seseorang itu tiada anak lelaki dan cuma mempunyai anak perempuan, bermaksud akan terputus NASAB atau SALASILAH KELUARGA atau BANI, tapi tidak terputus karabah atau KETURUNAN, sbb yg menyambung SALASILAH KELUARGA itu dari LELAKI, manakala yang menyambung KETURUNAN itu PEREMPUAN…MUHAMMAD IBNI ABDULLAH atau AL MAHADI akan lahir dari KETURUNAN NABI dari AHLUL-BAIT NABI, bukan dari NASAB atau BANI atau KELUARGA NABI. Persoalannya dalam konteks apa yg dianggap ADAT PEPATIH ITU MENYALAHI SUNNAH??? Berpegang pada KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW baginda Nabi menyebut meninggalkan dua perkara dan jika berpegang padanya nescaya tidak tersesat, tidak lain dari AL QURAN dan SUNNAH. AHLUL-BAIT disebut dalam AL QURAN bukan dari HADIS…dalam hal ini NAK IKUT AL QURAN dan SUNNAH atau HADIS??? AL QURAN KEKAL TERPELIHARA sedangkan HADIS mudah dipinda.

  3. nasarudin bin ayob says:

    Mohon pencerahan tentng pembahagian harta dalam adat pepatih. Adakah ianya mengikut apa yang disarankan dalam al Quran. Tkasih

  4. Sutan Mahmud Datuk Rajo Di Hilie says:

    Saya orang minangkabau tetapi saya tidak lagi memakai adat perpatih. Adat perpatih menyebabkan perpecahan di dalam keluarva besar kami karena secara tidak langsung adat perpatih mengalami clash dengan hukum islam. Keluarga saya memiliki rumah gadang di kota padang tapi jika menurut islam rumah itu jatuh pada om saya yang merupakan anak tertua dr kakek saya tp menurut adat perpatih rumah adat tersebut jatuh kepada ibu saya. Semenjak itu saya berjanji tidak akan lagi mengamalkan adat perpatih. Cukuplah islam sebagai adat keluarga kami

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,663 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031