Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kemunculan Majapahit


Bincangkan faktor-faktor kemunculan Empayar Majapahit.

 Pendahuluan :

  • Majapahit diasaskan oleh Raden Wijya setelah berjaya menewaskan Raja jayakatwang dari Kediri pada 1293 masihi.
  • Pemerintahan Majapahit dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu tahap permulaan (1293-1350 masihi), tahap agung (1351-1389 masihi) dan tahap kemerosotan (1390-1520 masihi)
  • Pada peringkat permulaan khususnya semasa pemerintahan Raden Wijaya dan jayanegara, keadaan politik tidak stabil kerana banyak pemberontakan dan Majapahi sampai ketahap keagungannya pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk di atas beberapa faktor.

Isi :

Sistem Pentadbiran Majapahit :

  • Kitab Negarakertagama mengandungi maklumat tentang organisasi pentadbiran Majapahit yang sistematik dan tersusun.
  • Terdapat 3 unit pentadbiran yang membantu melicinkan pentadbiran iaitu Pentadbiran Pusat Majapahit (istana), Pentadbiran Majapahit Tulen (wilayah asal) dan kawasan jajahan takluk.
  • Raja berkuasa mutlak menerajui kerajaan dan dibantu oleh Majlis Penaihat yang dianggotai oleh kerabat diraja.
  • 3 golongan pegawai yang menjalankan pentadbiran iaitu Rakryan, Arya dan Dang Akarya dan untuk melicinkan lagi pentadbiran wilayah dibahagi kepada 3 daerah iaitu Kawadanan yang diperintah oleh Wardana.
  • Kawadanan dibahagi kepada unit yng lebih kecil iaitu Pakwan yang diperintahan oleh akuwa dan unit yang paling kecil ialah kampung yang ditdbir oleh Bunyut.

Peranan Patih Gajah Mada :

  • Patih gajah Mada ialah pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab merangka program perluasan kuasa Majapahit yang dikenali sebagai Sumpah Nusantara/Palapa pada abad ke 14 masihi
  • Program ini menjadikan Majapahit sebuah empayar terkuat di Asia Tenggara dengan wilayah yang luas mari Wanin di Irian hingga ke Langkasuka di Tanah Melayu.

Kewibawaan Raja Hayam Wuruk :

  • Hayam Wuruk telah mentadbir Majapahit dengan cemerlang berikutan beberapa usaha yang bijak iaitu;Sering mengadakan lawatan ke seluruh jajahan takluk bagi memudahkan kawalan negara. Mengadakan persidangan tahunan yang dihadiri oleh semua menteri dan pegawai dari provinsi, daerah, kampung dan wilayah naungan. Menjalinkan hubungan persahabatan dengan China untuk mengukuhkan kedudukan dalam negara.
  • Majapahit menjadi kaya dan makmur hasil daripada cukai dan ufti yang dibayar oleh rakyat seluruh jajahan takluknya.

Sistem Perundangan :

  • Sistem perundangan Majapahit adalah bercorak Hindu-Jawa dikenali sebagai Kuntaramanawa yang disesuaikan daripada Undang-undang Manu meliputi astadusta (pembunuhan), Astacorah (kecurian) dan  Sahasa (keganasan, penipuan, perkhwinan dan sebagainya).
  • Ketua kehakiman ialah raja yang digelar Sang Amawabhumi dan terdapat 2 hakim tinggi iaitu Dharmadhyaksa Ring Kesaivan dan Dhamadhyaksa Ring Kasogotan.
  • Hakim tinggi dibantu oleh 7 orang Upapati yang dikenali sebagai Sang Pemegat.

Perkembangan Bidang Kesusasteraan dan Kesenian :

  • Banyak karya kesusteraan dihailkan seperti Negarakertagama, Pararaton dan TantuPanggelaran.
  • Negarakertagama adalah karya sejarah terkenal yang dihasilkan oleh Prapanca pada tahun 1365 masihi.
  • Terdapat juga penyair-penyair agung seperti Budhaditya, Sri Mudali Sanerdaya dan Sudarhma.
  • Terdapat juga  pertunjukan wayamg kulit mengenai kisah-kisah dalam epik Ramayana dan Mahabrata dan Hayam Wuruk turut meminati lakonan dan tarian.

Kesimpulan :  

  • Majapahit mula mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 masihi.
  • Perebutan tahta, ketiadaan pemimpin berkaliber seperti Patih Gajah Mada serta kemunculsn kersjssn-kerajaan Islam yang kuat dan berpengaruh membawa kepada keruntuhan empayar Majapahit.

 

One Response

  1. faizahh says:

    lengkap sangat..
    senang faham..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: