Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Zaman Khalifah Umar al-Khattab


Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Khalifah Umar al-Khattab bagi membangunkan ekonomi Islam.

Pendahuluan :

  1. Khalifah Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 Masihi dari bani Ad iaitu salah satu bani dalam qabilah Quraisy yang dipandang mulia dan berkedudukan tinggi. Umar seorang yang berani, mempunyai ketabahan dan bijak. Pengislaman Umar merupakan satu kemenangan umat Islam.
  2. Beliau menjadi khalifah yang kedua pada 13 Hijrah setelah dicadangkan oleh khalifah Abu Bakar dan mendapat perdetujuan oleh umat Islam.
  3. Pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh Umar dalam bidang pentadbiran, ekonomi, dan sosial.
  4. Konsep ekonomi Islam.

Isi :

Baitul Mal :

  • Baitul Mal ditubuhkan sebagai pembendaharaan  negara. Semua pendapatan negara seperti  kutipan cukai dan pungutan zakat diuruskan oleh Baitul Mal. Melantik pegawai iaitu Sahib al-Baitul Mal untuk menguruskan Baitul Mal.

Memantapkan Cukai Jizyah :

  • Cukai jizyah dibayai oleh bukan Islam yang mendapat  perlindungan politik dan keselamatan daripada pemerintah Islam. Kadar jizyah tidak membebankan seperti penduduk Mesir membayar 2 dinar dan Syria 1, 2 atau 3 dinar mengikut kemampuan.

Mengemaskini Cukai Kharaj :

  • Cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama ada secara rundingan dan peperangan. Tanah yang terlibat merupakan tanah yang bertuan atau tidak bertuan. Cukai yang dikenakan mengikut keluasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam atau berdasarkan hasil yang diperolehi daripada tanaman.

 Sistem Pentadabiran Tanah :

  • Sistem atau dasar pentadbiran tanah diwujudkan terutama di Iraq bagi mengelakkan berlakunya penindasan ke atas penduduk Iraq. Satu kaji selidik tanah di Iraq dilaksanakan untuk memudahkan penaksiran cukai dan menentukan jenis tanaman untuk pertanian tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di Iraq. Semua hasil tanah di Iraq hanya untuk kegunaan bagi penduduk Iraq.

Memajukan Sektor Pertanian :

  • Terusan dibina. Antaranya ialah Terusan Amirul Mukminin di Mesir. Pembangunan pertanian dipertingkatkan terutama di Mesir dan Iraq. Bagi memajukan aktiviti pertanian sistem taniah diperkenalkan bagi mengatasi tanah yang terbiar. Rakyat digalakkan membuka tanah baru. Tali air dan menghubungi Sungai Nil dengan Laut Merah. Di Iraq, Empangan Abu Musa dibina.

Pembayaran Gaji :

  • Khalifah Umar membayar gaji kepada semua pegawai termasuk angkatan tentera. Gaji hakim dinaikkan bagi mengelakkan rasuah dan penyelewengan. Tentera tetap dibayar gaji supaya mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertahanan negara.

Memperkenalkan Buku Kira-kira :

  • Ini adalah untuk merekod semua kemasukan dan pengeluaran sumber negara. Semua kutipan,simpanan dan agihan perlu direkod dan dan dikemaskini supaya tidak ada penyelewengan.

Menyeragamkan Sistem Mata wang :

  1. Piawaian matawang dirham telah ditetapkan seberat 3.96 gram atau 14 qirat
  2. Dinar emas
  3. Dirham Perak
  4. Dirham Bajlli
  5. Dirham Rumi
  6. Dirham Tabari

Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Negara :

  1. Kutipan zakat keatas kuda
  2. Kutipan usyur
  3. Hasil Ghanimah dimasukkan kedalam Baitulmal.

Kesimpulan :

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dianggap sebagai Zaman Keemasan Kerajaan Islam dengan pembaharuan dan pembangunan negara.

 

3 Responses

  1. as salam…cikgu mohon izin dan berkat dari ilmu yang dikongsikan..banyak bahan ckgu saya jadikan nota dan rujukan esei sjarah saya..

  2. Adam says:

    Salam. Mohon perkongsian ilmu… Terima kasih, wassalam.

  3. nurul says:

    assalamulaikum cikgu ..saya mohon untuk mengambil nota ini blog cikgu ..terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: