Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Kedudukan dan Peranan Golongan Pemerintah Selepas Campurtangan British


Huraikan Kedudukan dan Peranan Golongan Pemerintah Selepas Campurtangan British

 Pengenalan :

  1. Perubahan disebabkan oleh pertembungan antara system politik tradisional dengan system pemerintahan kolonial.
  2. Negeri-negeri Melayu diperintah oleh satu kelas pemerintahan tradisional dan birokrat, sebahagian besar pegawai Inggeris di peringkat tertinggi dan diperingkat bawahan dan pertengahan sebahagian besar pentadbir Melayu.

Isi-isi :

Sistem Residen :

  1. Perubahan yang berlaku dalam kedudukan dan peranan golongan pemerintah.
  2. Segala urusan dan keputusan mengenai urusan negeri ditentukan oleh Residen.
  3. Pentadbiran negeri ditadbir oleh pegawai Inggeris.
  4. Perubahan pentadbiran :-
  5. Pejabat dibuka dan kakitangan diambil untuk memungut cukai,melicinkan pentadbiran , menetapkan undang-undang serta mengawal keamanan.
  6. Sultan tidak lagi berkuasa untuk menjatuhkan hukuman bunuh ke atas kesalahan membunuh atau kesalahan menderhaka.
  7. Pengenalan system kehakiman berdasarkan system kehakiman British.
  8. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri :
  • Sultan menjadi Presiden Majlis Negeri tetapi semua keputusan dibuat oleh Residen.
  • Kuasa sultan dikurangkan walaupun British menjamin kedudukan Sultan sebagai Ketua Negara tetapi secara praktiknya British yang memerintah melalui Residen.
  1. Penguasaan ekonomi diambilalih oleh Residen. Sultan harus mendapatkan nasihat daripada Residen mengenai soal pemerintahan . Ini melemahkan kelas pemerintah Melayu tradisi.
  2. Pembesar kehilangan sumber pendapatan apabila tidak boleh mengutip hasil dan cukai daripada daerahnya secara bersendirian.Mereka diberikan jawatan sebagai pemungut cukai yang bertanggungjawab terus kepada kerajaan British. Mereka menjadi kakitangan pemerintah dan diberi gaji bulanan yang tetap.
  3. Peranan dan kedudukan pembesar Melayu juga mengalami perubahan. Fungsi mereka sebagai penasihat Sultan tergugat. Peranan mereka terbatas kepada adat istiadat sahaja.
  4. Para pembesar yang memihak kepada British telah dianugerahkan pangkat dan pencen manakala yang menentang ditekan dan dihukum seperti yang berlaku ke Sultan Abdullah, Datuk Maharaja Lela dan Ngah Ibrahim.
  5. Para pembesar juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan sultan.
  6. Fungsi Residen tidak jelas. Ini menyebabkan seringkali Residen mengambil alih kuasa serta bertindak bersendirian dalam menjalankan tugas. Kurangnya pengawasan daripada Gabenor menyebabkan Residen bebas bertindak dan terlalu berkuasa hingga mengambil alih kuasa Raja dan kuasa Dewan Negeri. Program –program dan dasar pentadbiran tidak diselaraskan kerana setiap Residen memerintah mengikut kehendak hati mereka sahaja. Ini membawa kepada pengenalan pembentukan Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 sebagai satu cara untuk menawan hati raja-raja Melayu.

 

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu :

  1. Dibentuk pada bulan Julai, 1896 dan terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran seorang Residen Jeneral dan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.
  2. Semua kuasa pentadbiran yang penting telah berpindah daripada Residen dan Sultan kepada Residen Jeneral. Gabenor merupakan kuasa tertingggi bagi NNMB. Kuasa terakhir bagi seluruh Tanah Melayu terletak di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London. Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa lagi. Semua kuasa perundangan diberi kepada Residen Jeneral.
  3. Kedaulatan bagi setiap negeri masih dipegang oleh raja sepenuhnya tetapi raja terikat dengan perjanjian untuk menerima nasihat daripada residen. Namun demikian , undang-undang hanya boleh dibuat melalui Majlis Mesyuarat Negeri.
  4. Pada 1909, semua urusan perundangan diambilalih oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Sultan hanya menjadi ahli biasa dan bukannya sebagai Pengerusi Majlis. Sultan tidak boleh membantah atau membatalkan usul-usul Majlis kerana kuasa pembatal berada ditangan Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Pengerusi Majlis. Usul-usul yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan disahkan dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya Sultan.
  5. Satu pembaharuan yang terdapat ialah Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar). Persidangan pertama diadakan di Kuala Kangsar. Ini penting kerana rasa tidak puas hati dikalangan raja-raja dapat diketengahkan kepada pengetahauan umum semasa Majlis Raja-raja bersidang. Persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 1903.
  6. Dalam lingkungan Persekutuan, Raja bersifat sebagai raja berperlembagaan.Kandungan semua undang-undang yang dicadangkan untuk dikuatkuasakan diseluruh Persekutuan mestilah ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan tetapi rajalah yang menguatkuasakan undang-undang. Keempat-empat orang Residen menjadi anggota rasmi yang mempunyai suara terbanyak dan sebagai wakil raja masing-masing Raja tidak boleh menolak undang-undang yang telah diluluskan oleh Residen aebagai ahli-ahli Majlis Mesyuarat.
  7. Sultan tidak mempunyai kuasa pembatal mahupun mempunyai hak yang tidak dimiliki oleh ahli-ahli lain kecuali melantik wakil bagi menggantikan tempatnya apabila baginda tidak hadir. Menurut undang-undang Majlis Mesyuarat sama ada sultan hadir atau tidak dan tidak menghantar wakil, mereka mengundi seperti ahli biasa dan rang undang-undang selepas diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukan oleh Sultan. Pada hakikatnya kuasa undang-undang terlepas daripada tangan sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri .
  8. Umumnya Sultan telah dibawa masuk ke dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Jelas bahawa system pemusatan kuasa Persekutuan yang meletakkan kuasa mentadbir negeri-negeri Melayu ditangan Residen Jeneral telah menjejaskan kedudukan dan kuasa Sultan. Raja telah kehilangan kuasa mereka dan terpaksa menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara pentadbiran kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.

Kesimpulan :

Institusi pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan negeri-negeri Melayu tradisi yang lain merupakan titik awal kepada corak kerajaan yang lebih moden. Walaupun terdapat perbezaan akibat perubahan zaman tetapi yang nyata, institusi pemerintahan masyarakat tradisional telah menjadi asas yang penting terhadap pembentukan struktur pemerintahan negara pada masa kini. Campurtangan British pada 1874 juga telah membawa perubahan dan pembaharuan terhadap struktur politik masyarakat Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: