Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Peranan Adat dan Ciri-ciri Undang-undang Melaka dan 99 Perak


Jelaskan Peranan Adat dalam Masyarakat Melayu Tradisional, Serta Ciri-ciri Undang-undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak. 

 Pendahuluan

  • Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.
  • Segala bentuk undang-undang bersumberkan daripada adat.
  • Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.
  • Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
  • Setiap negeri mempunyai undang-undang tersendiri.

Isi-isi :

Kepentingan  Adat dan Undang-undang :

  • Menjamin keamanan dan keselamatan dalam masyarakat Melayu.
  • Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.
  • Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.

Undang-undang Melaka :

  • Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.
  • Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.
  • Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang  mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.
  • Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.
  • Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.
  • Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.
  • Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.
  • Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.
  • Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
  • Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

3)     Undang-undang 99 Perak :

  • Meliputi 99 perkara yang  mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.
  • Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.
  • Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.
  • Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.
  • Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

Kesimpulan :

  • Adat dan undang-undang bertulis menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.
  • Kedua-dua undang-undang ini berasaskan hukum syarak sebagai panduan.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,610 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031