Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Legalisme & Confusianisme


Bandingkan   sumbangan Legalisme dan Confusianisme dalam pembentukan sistem politik tamadun China. 

Pengenalan :

Latar Belakang kelahiran aliran Confusianisme dan Legalisme :

  1. Kedua-dua falsafah ini lahir pada akhir zaman Dinasti Chou Timur. (770-221S.M). Kemunculan aliran falsafah ini disebabkan oleh perubahan politik dan krisis sosial yang memuncak ekoran percubaaan wilayah-wilayah kecil membebaskan diri daripada kerajaan Chou. Kegawatan ini menyebabkan munculnya ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa pemulihan berdasarkan prinsip moral atau politik yang telah melahirkan lebih seratus aliran falsafah antaranya aliran Confusianisme dan Legalisme
  2. Falsafah Confusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang berasal daripada golongan bangsawan. Karya –karya yang mengandungi ajaran ini dikenali sebagai Chiang atau klasik. Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confusius ialah Books of Odes,  Books of History, Books of Changes, Books of Rites, dan Spring and Autumn Annals.
  3. Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa tokoh-tokoh legalis antaranya ialah Shang Yang yang menghasilkan karya berjudul ” Book Of Lord Shang ” dan Han Fei dengan karyanya Han Fei Tzu.          

Isi :

Ciri-ciri utama aliran legalisme dan aliran Confusianisme :

Doktrin :

  1. Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat.   Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat  perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat. 
  2. Manakala aliran Confusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya.  Oleh itu fafsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral
  3. Kedua-duanya menyumbang kepada proses penyatuan  politik China

Konsep Pemusatan Kuasa :

  1. Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya.
  2. Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal  yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya.  Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan negara mesti bercorak paternalistik . Menurut Confucius pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.
  3. Kedua-dua pemikiran ini menyumbang kepada sistem politik China.

Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang Berbeza :

  1. Dalam aliran Confusianisme kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.
  2. Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara dan bukan  individu.  Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk kepentingan pemerintah dan negara.
  3. Pembentukan sistem politik negara China, menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Kegemilangan Sejarah Lampau :

  1. Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat. Menurut mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang  berbeza berdasarkan keadaan dan situasi semasa.
  2. Manakala dalam aliran Confusianisme pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, dikalangan ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain. Kestabilan ini  akan wujud apabila setiap orang mengetahui peranan dan kedudukan masing-masing.   
  3. Perbezaan pandangan antara kedua ideologi di atas, perbezan doktrin tersebut telah menyumbang kepada sistem politik China.

Memupuk Kesetiaan Kepada Raja :

  1. Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.
  2. Confucianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.
  3. Kedua-dua menyumbang kepada sistem politik China sehingga rakyat memberikan kesetiaan kepada raja

Mengekalkan Displin Rakyat :

  1. Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan contoh dinasti Chin.
  2. Confucianisme mengambil pendekatan  birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana seperti yang dilakukan oleh Dinasti Han.
  3. Kedua-dua pendekatan ini digunakan oleh pemerintah China terkemudian bagi mengekalkan disiplin rakyat.

Kesimpulan :

Kedua-dua aliran ini berbeza kerana fokus yang berlainan. Aliran Confusianisme menekankan etika dan nilai murni kemanusiaan manakala dalam aliran legalisme kejayaan matlamat negara mesti berteraskan hukuman yang keras dan berat.

2 Responses

  1. Ghanchie says:

    thanks..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: