Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Dasar Merkantilisme di Eropah


Huraikan matlamat pelaksanaan Dasar Merkantilisme di Eropah.

Pengenalan :

  1. Latar belakang Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke enam belas ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara tersebut.  Bagi negara-negara Eropah, dasar ekonomi yang menjadi amalan dari awal abad ke enam belas sehingga ke pertengahan abad ke lapan belas dikenali sebagai Merkantilisme.
  2. Keruntuhan sistem Feudalisme telah membawa kepada kemunculan negara-negara bangsa.  Ini menyebabkan pemerintah negara-negara bangsa ini telah mula memperkukuhkan kekayaan negara melalui dasar Merkantilisme.
  3. Konsep Merkantilisme : Merkantilisme boleh diertikan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. 
  4. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan secara langsung dalam ekonomi,  kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku selari dengan matlamat dan kepentingan negara.

Isi :

  1. Memenuhi keperluan ekonomi kendiri : Dalam konteks ini nasionalisme bermaksud setiap buah negara tersebut perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri. Bagi mencapai tahap kendiri dari segi ekonomi, negara tersebut perlu memajukan ekonominya baik dalam sektor pertanian mahupun dalam sektor perindustrian, seperti mewujudkan kegiatan perindustrian baru.Kerajaan perlu memberi galakkan dan perlindungan kepada sektor-sektor tersebut.
  2. Memajukan ekonomi untuk mengekalkan kedaultan, dengan itu ia tidak perlu bergantung kepada negara lain bagi memenuhi keperluannya.  Justeru itu negara berkenaan akan dapat mengekalkan kedaulatan, maruah dan menambahkan kekuatan politik dan kekayaan ekonominya. 
  3. Memajuknan dan memperkembangan industri telah meningkatkan keupayaan ekonomi negara  sangat penting bagi ekonomi sebuah negara.  Ia akan dapat memenuhi keperluan pasaran dalam negeri, mengelakkan pengimpotan barang dari luar, dan juga menyumbang ke arah usaha meningkatkan keupayaan negara mengekspot barangan.
  4. Membina dasar yang bercorak Paternalisme : Paternalisme bermaksud kerajaan perlu memainkan peranan yang besar dan langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik dan sosial rakyat. Hanya dengan cara inilah kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan matlamat dan kepentingan negara. Pada tempoh ini di Eropah, hampir keseluruhan aspek kehidupan rakyat tidak terlepas daripada pengaruh peraturan undang-undang negara.  Kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan, menggalakkan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barangan industri, menetapkan harga barang. Dengan itu segala aspek kehidupan rakyat perlu tunduk kepada cita-cita dan matlamat ekonomi dan politik negara. Kerajaan menentukan perjalanan politik, ekonomi dan sosial keseluruhannya.
  5. Bagi menggerakkan dasar meluaskan dengan mendapatkan tanah jajahan. Kolonialisme adalah unsur yang sangat penting dalam Merkantilisme.  Melalui dasar ini, sesebuah negara dianggap perlu mempunyai tanah jajahan di seberang laut. Tanah jajahan menjadi simbol prestij negara tersebut.  Tanah jajahan itu penting bagi memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara akan dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada negara lain. Ringkasnya, bagi dasar ini, tanah jajahan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi kepentingan perdagangan negara induk. Tanah jajahan tidak dibenarkan membangunkan sektor industri dan mempunyai kapalnya sendiri.
  6. Memonopoli perdagangan antarabangsa di Amerika, Eropah dan Afrika dalam pelbagai bidang eksport, seperti hamba abdi dan produk-produk dari amerika. Ini dapat dilihat dengan wujudnya Akta-akta Pelayaran seperti Akta Perantis 1563, Akta perkapalan 1650, Undang-undang Kemiskinan 1600, Settlement Act 1662 dan Akta Makanan 1663.
  7. Membentuk ekonomi bersifat nasional dengan menyatukan dan menyelaraskan ekonomi bersifat kedaerahan ( Manorialisme )

Kesimpulan :

Ringkasnya, dasar merkantalisme banyak menyumbang kepada negara-negara menambah kekayaan dan penguasaan mereka ke atas tanah jajahan.

 

2 Responses

  1. maliati says:

    macam mana nak cari buku stpm sistem modular untukk subjek sejarah nie , sila bagi nama buku tersebut ,

  2. mrs.J says:

    Assalamualaikum cikgu..mcmna pla ngn kesan terhadap politik melalui perkembangan masyarakat industri di jerman..??sya dh cr kat mna2 website..tp x jmpa..hrp mnta tlong cikgu..assalamualaikum

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,572 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031