Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ketenteraan Alam Melayu


Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada kerajaan Serivijaya, Majapahit dan Melaka.

Pendahuluan :

  • Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut.

Isi :

Kategori Tentera :

  • Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
  • Sapta Dharmaputra
  • Bhayangkari
  • Tentera Biasa
  • Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental.
  • Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.
  • Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk.

Tentera Laut :

  • Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.
  • Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan.
  • Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka.
  • Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut.

Peralatan Perang :

  • Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.
  • Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.
  • Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan.

Jenis Tentera :

  • Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.
  • Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat.
  • Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.
  • Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.
  • Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat Melaka.
  • Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

Pentadbiran Tentera :

  • Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.
  • Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.
  • Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.
  • Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada tentera.
  • Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.

Kesimpulan :

  • Kerajaan awal di Alam Melayu seperti Melaka dan Majapahit berjaya membina empayar kerana memiliki sistem pertahanan yang kuat.
  • Terdapat organisasi tentera yang mantap dan cekap diketuai oleh Raja dan dibantu oleh pegawai tentera.

Leave a comment

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 6,954,569 pengunjung

Kalendar 2016

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031