Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Pentadbiran Mesir


Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun di Mesir

Pendahuluan :

  • Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kerajaan/pemerintah mengawal rakyat dalam sesebuah tamadun.
  • Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan.
  • Melalui pentadbiran pusat seseorang raja/pemimpin akan mengawal para pembesar dan golongan bangsawan serta melancarkan pentadbiran di seluruh wilayah.
  • Pentadbiran pusat dan wilayah akan mewujudkan birokrasi yang teratur dalam pentadbiran.

Isi :

Pentadbiran Pusat di Mesir :

Peranan Firaun :

  • Firaun merupakan ketua Negara yang memiliki kuasa mutlak.
  • Dalam bidang pentadbiran firaun dibantu oleh pegawai- pegawai tinggi di peringkat pusat dan wilayah.

Wazir :

  • Wazir merupakan pegawai yang mempunyai kedudukan tertinggi
  • Tugas wazir ialah menyimpan dokumen penting kerajaan, memeriksa akaun, memilih dan melantik kakitangan istana dan ketua hakim.

Canselor :

  • Merupakan pegawai yang menguruskan hal ekonomi.
  • Tugas Canselor ialah menetapkan cukai, menentukan gaji pekerja ladang diraja dan membayar gaji anggota tentera.

Wizurai :

  • Bertugas mentadbir jajahan takluk Mesir seperti Nubia.
  • Kuasa wizurai tertumpu dalam aspek-aspek polisi awam.

Penyelia jabatan kerajaan :

  • Dilantik bagi menyelia  jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya Jabatan    
  • Perbendaharaan. ( Ditadbir oleh 2 penyelia yang bertindak sebagai ejen wizurai ).

Pegawai istana ( Courtiers ) :

  • Ketua pengurus firaun ( Chief Steward  )-mentadbir estet diraja, menguruskan pentadbiran istana, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera/puteri diraja.
  • Chamberlain – Mengawasi makanan, minuman dan tempat tinggal ( Private apartments )
  • Penyelia istana-Menjaga penghuni wanita di istana.
  • Kerani-Mengawasi kerja-kerja membina dan memulihara bangunan-bangunan lama.
  • Jurucakap ( spokeman ) diraja.

Pentadbiran Wilayah :

  • Wilayah di Mesir dikenali sebagai Nomes. Terdapat 20 nomes di Mesir Utara dan 22 nomes di Selatan. Setiap nomes ditadbir oleh Nomach.

Normach :

  • Normach dilantik oleh firaun.
  • Bertindak sebagai pentadbir, hakim dan ketua pendeta.

Datuk Bandar :

  • Pegawai tinggi di peringkat wilayah pada zaman kerajaan baru.
  • Bertugas membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir dan mengadili kes-kes kecil.

Medjay :

  • Pegawai penguatkuasa undang-undang.
  • Meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadan

Kesimpulan :

  • Keberkesanan sistem pentadbiran pusat dan wilayah mampu mengekalkan pemerintahan, keamanan serta kemakmuran  dalam kerajaan Mesir.

One Response

  1. azzaty syazirah @ atiqah syahirah says:

    bole x bnyakkan peranan firaun bole x..???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: