Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Ekonomi Feudalisme Di Jerman


Huraikan Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman

Pendahuluan :

  • kegiatan ekonomi yang berlaku dan feudalisme serta kapitalisme di Jerman adalah seperti pertanian, industri dan institusi kewangan.
  • Ekonomi kapitalisme menjadi dominan d Barat sejak berakhirnya era feudalisme. Bermula di England, kapitalisme merebak ke seluruh eropah.
  • Pada abad ke-18 hingga ke-20, kapitalisme menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era Perindustrian.

Isi-isi penting :

Dari segi pertanian ;

  • Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian. Tanah-tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan kekacang. Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur tanah.
  • Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada tanaman lain yang ditanam. Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain seperti memburu, menangkap ikan, dan memmotong kayu. Mereka hanya menurut perintah tuan-tuan tanah.
  • Malahan, kemiskinan petani pada abad ke-16 dapat digambarkan apabila seseorang petani meninggal dunia, tuan tanah akan menyediakan keranda untuk petani.

Dari segi industri ;

  • Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16, bukan sahaja untuk pasaran dalaman, malahan untuk dieksport. Kain dan teknik pengeluaran sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang Arab pada abad ke-16 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah.
  • Jerman juga mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain import dari Asia dan Persia. Selepas perang 30 tahun, industri tekstil berkembang di desa, dimana masyarakat desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala, masyarakat bandar menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain dan kemudian memasarkannya.
  • Perdagangan tertumpu di bandar-bandar Uzbenk, Hamburg, can buemen atau dikenali sebagai ikatan Han Seatic. Perkembangan perdagangan ini telah membawa kepada perkembangan bandar perdagangan di Jerman Utara. Kekayaan bandar ini datang daripada perdagangan bijiran dari Baltic, tuan tanah polish dan kawasan dari Hungary dan Bohemia yang menyumbangkan hasil pertanian untuk dieksport ke Belanda dan negara Barat yang mengalami pertumbuhan pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran, serta petempatan pedagang dan tukang-tukang.

Dari segi institusi kewangan

  • bank-bank Itali tidak dapat memberi bantuan kewangan atau modal kepada perdagangan serta tidak dapat membiayai perdagangan di Lisbon dan Sevile berikutan kemerosotan import akibat permusuhan dan penaklukkan Turki Uthmaniyah dan
  • Persaingan daripada Portugal dan Sepanyol, bank-bank Jerman pula banyak menyumbangkan bantuan kewangan atau modal perdagangan kepada perdagang Jerman untuk menjalankan urusan perdagangan dengan Sepanyol.

Kesimpulan :

  • Kesannya, pedagang Jerman dapat membawa barangan buatan kilang Jerman banyak melakukan urusan perdagangan dengan Portugal dan Sepanyol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: