Weblog Cikgu Jumali

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Sistem Pendidikan Rom Zaman Klasik


Huraikan  Sistem Pendidikan Dalam Tamadun Rom Pada Zaman Klasik .

Pendahuluan :

  1. Tamadun-tamadun awal mempunyai sistem pendidikan yang membantu manusia meningkatkan tahap intelek
  2. Tamadun Rom melahirkan sistem pendidikan yang terancang berdasarkan kehendak politik, ekonomi, dan sosial masyarakat pada zaman tersebut.
  3. Sistem pendidikan Rom mempunyai dasar pendidikan, matlamat, serta institusi pendidikan,dan kurikulum yang tersendiri.

Isi :

Matlamat pendidikan :

  • matlamat utama menanam semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat dan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal
  • bertujuan melahirkan pentadbir dan negarawan serta menjaga kepentingan negara

Dasar pendidikan :

  • Bersifat utilititarian iaitu menekankan nilai-nilai semangat kebangsaan
  • Penekanan diberikan kepada kesusasteraan, seni ucapan, dan latihan fizikal

Institusi pendidikan :

  • Istitusi keluarga berperanan sebagai institusi pendidikan pada zaman awal. Rumah merupakan pusat pendidikan.  Tenaga pengajar terdiri daripada ibu dan bapa.  Penekanan kepada latihan fizikal, moral, membaca,menulis, dan menhafal kisah-kisah orang terkenal pada zaman silam.  Kanak-kanak daripada golongan patrician mempelajari adat-istiadat dan undang-undang Rom.  Kanak-kanak daripada kumpulan Plebian mempelajari pekerjaan daripada ibu bapa
  • Institusi sekolah muncul pada zaman Republik tekankan latihan fizikal,membaca,pengajian undang-undang papan 12, sejarah kebangsaan – lahirkan pegawai kerajaan/warga negara/tentera yang cekap.
  • Sekolah nahu dan retorik untuk belia berumur hingga 20 tahun.  Tenaga pengajar bebas pilih subjek seperti tatabahasa falsafah, ilmu perundangan kesusasteraan dll.

Kurikulum pendidikan Rom :

Tiga tahap :

  • Tahap rendah tekankan kemahira menulis,membaca, dan  menghafal
  • Tahap menengah – menekan  kemahiran seni bercakap inteprestasi sajak,tatabahasa, dan kesusasteaan
  • Tahap tinggi –  menekankan pengajian Seven Liberal Art iaitu tatabahasa, retorik, dialektik,muzik arithmatik,  geometric,astronomi.  Universiti menawarkan krusus Liberal Art – tatabahasa dan retorik serta kursus  bidang professional seperti undang-undang seni bina dan perubatan.

Tenaga pengajar :

  • Institusi keluarga – ibu bapa mengajar adat resam,undang-undang,  petanian, dan          perniagaan
  • Zaman Empayar – guru-guru – diberi kebebasan dalam P&P. Dibayar gaji bulanan  100,000 dinar pada zaman vespacian

Kesimpulan:

  1. Tamadun Rom mengalami perkembangan pesat dalam sistem pendidikan akibat kemunculan institusi pendidikan.
  2. Pada zaman empayar pemerintah mengalakkan system pendidikan. Kesannya dapat melahirkan ahli-ahli falsafah dan sejarawan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Pages

Hits Sejak Sept. 2008

  • 2,849,799 pengunjung

Safety and Legitimacy

Fastnote.wordpress.com website reputation

Kalendar 2016

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: